Video Wanita Diragut Lelaki Naik Kereta Myvi Tular

Diterbitkan: Jumaat, 3 Februari 2017 8:56 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sebuah video kejadian ragut yang berlaku di kawasan perumahan di sini telah menjadi tular.

Dalam video berdurasi 1 minit 36 saat, bertarikh 31 Januari lalu itu, sebuah kenderaan dilihat memasuki perkarangan sebuah rumah, sebelum pemandu dan penumpang, kedua-duanya wanita, keluar dari kenderaan tersebut.

Kira-kira satu minit rakaman, sebuah Myvi putih dapat dilihat berhenti di luar rumah sebelum seorang lelaki yang memakai baju kuning berjalan keluar.


Dia meluru masuk melalui pintu pagar, sambil mengacukan sesuatu, dipercayai senjata.

Dia kemudian bergelut dengan si penumpang untuk mencuri beg tangannya.

Perompak itu kemudian berjalan kembali ke arah kereta Myvi sebelum dia dan rakannya memecut meninggalkan rumah tersebut.

Video itu dipercayai dirakamkan di Kampung Tunku, di SS1, di sini.

Satu laporan telah dibuat pada hari yang sama di Balai Polis Seapark.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 395/397 kerana melakukan rompakan bersenjata secara berkumpulan.
Tags / Kata Kunci: kes ragut , Kampung Tunku , Myvi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan