Najib Mahu Laksana Subsidi Bersasar, Interaksi Dengan Rakyat Tanpa Protokol

Diterbitkan: Jumaat, 3 Februari 2017 2:30 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Anggota Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim (kiri) melawat rumah warga emas Mariyamah Yaakob, 70 di Kampung Jalan Kemajuan Batu 8 Ijok sempena Program Jom Bantu Rakyat Parlimen Kuala Selangor, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Kerajaan akan mengguna pakai dua pendekatan baharu dalam mendekati rakyat iaitu subsidi bersasar dan interaksi tanpa protokol, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata sistem bantuan subsidi bersasar akan menggantikan  subsidi secara pukal yang dilaksanakan bagi memastikan tiada pembaziran dan ketirisan dalam sistem pelaksanaannya.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata kerajaan kini mahu memilih pendekatan yang membolehkan pemimpin dapat berinteraksi dengan rakyat tanpa terikat dengan protokol ketat yang diamalkan sebelum ini. 

"Hari ini pun saya disambut oleh rakyat, tak disambut dengan permaidani merah, bunga manggar tapi disambut rakyat tulus ikhlas dengan semangat berkobar-kobar. 

"Inilah yang saya pentingkan, sambutan ikhlas daripada rakyat," katanya ketika berucap merasmikan 'Program Jom Bantu Rakyat Kuala Selangor' di Sekolah Kebangsaan Ijok di Bestari Jaya, di sini.

Najib berkata pelaksanaan subsidi secara pukal selama ini turut dinikmati warga asing dan pelancong.

"Kita nak ubah dasar daripada bantuan secara pukal, subsidi pukal kepada bantuan dan subsidi secara bersasar ataupun 'targeted assistance' and 'targeted subsidy'. Ini kerana kalau bantuan diberi pukal ataupun subsidi pukal, banyak ketirisan dan ketidakadilan berlaku. 

"Kalau subsidi minyak, siapa untung, mereka yang ada kereta besar lagi untung, mereka yang jadi pelancong, pekerja asing pun untung," katanya.

Perdana menteri menarik perhatian bahawa sekiranya kerajaan dapat berjimat menerusi subsidi minyak, dana yang dijimatkan itu dapat digunakan untuk disalurkan bagi bantuan lain yang lebih bersasar dan menguntungkan rakyat.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Irmohizam Ibrahim.

Dalam pada itu, Najib turut menempelak pembangkang yang dilihat sering mengkritik kerajaan setiap kali harga minyak naik sedangkan peningkatan itu bukan salah kerajaan kerana ia ditentukan pasaran dunia. 

Beliau secara sinis berkata pembangkang membisu apabila kerajaan berjaya meningkatkan harga sawit sehingga RM3,300 setan. 

Beliau berkata kenaikan harga komoditi itu adalah hasil kejayaan beliau ke China Oktober tahun lepas, apabila negara itu bersetuju meningkatkan pembelian komoditi sawit dari Malaysia. 

"Harga sawit naik RM3,300 setan, harga getah pun naik tiga kali ganda.

Malah, saya pernah tanya seorang pesara guru yang ada empat hektar kebun sawit.

Dia sekarang dapat pendapatan bersih RM4,000 sebulan," katanya. 

Perdana menteri dalam kunjungan ini turut mengumumkan peruntukan RM1.5 juta untuk membangunkan Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kampung Sungai Sembilang di sini sebagai hab agro pelancongan utama di negara ini.

Katanya kawasan Kuala Selangor berpotensi besar dalam industri agro pelancongan yang boleh memberi manfaat kepada bukan hanya golongan nelayan tetapi juga kepada seluruh rakyat di kawasan Parlimen itu. 

"Kita kena ubah cara berfikir untuk segarkan lagi kawasan kita. Misalnya, saya memberi peruntukan RM1.5 juta untuk tujuan membangunkan Sungai Sembilang (Jeti) sebagai hab nelayan. Apa yang akan berlaku adalah nelayan boleh jadi orang menjual tangkapan ikan sendiri, bukan melalui orang tengah. 

"Dengan cara ini peningkatan pendapatan nelayan dua kali ganda akan berlaku," katanya. 

Pada majlis itu, Najib turut melancarkan monumen Transformasi Nasional 2050 (TN50) SK Ijok sebagai simbolik kepada usaha serta visi kerajaan dalam membentuk hala tuju negara bagi tempoh 30 tahun akan datang. 

Beliau juga melawat dan memberikan sumbangan barang keperluan asas kepada seorang ibu tunggal, Mariamah Haji Yaakob, 70, di rumahnya di Kampung Jalan Kemajuan, Batu 8, Ijok di sini. 

Katanya beliau telah mengarahkan Irmohizam untuk meneliti bantuan yang diperlukan ibu tunggal itu termasuk bantuan menggantikan zink rumah yang usang.
-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Najib , subsidi , Barisan Nasional , Kuala Selangor

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan