Najib Lepaskan Flotila Ke Myanmar Bawa 2,200 Tan Makanan

Diterbitkan: Jumaat, 3 Februari 2017 5:30 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak (kanan) bersama Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melakukan Flag Off pada majlis pelepasan kapal Nautical Aliya bagi "Misi Food Flotilla For Myanmar" di Boustead Cruise Centre, Pulau Indah, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

PELABUHAN KLANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan kapal misi Food Flotilla For Myanmar yang membawa kira-kira 2,200 tan makanan di Boustead Cruise Centre, petang Jumaat.

Pelbagai makanan dan barangan lain dimuatkan dalam kapal, Nautical Aliya dan tongkang yang belayar ke Myanmar.

Misi itu hasil kerjasama antara Kelab Putera 1Malaysia, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan badan bukan kerajaan.

Kira-kira 230 sukarelawan termasuk 20 doktor dan 10 pegawai perubatan menyertai perjalanan selama 20 hari bagi menyalurkan bantuan kepada etnik Rohingya.

Dalam ucapannya, Najib berkata, Malaysia tidak boleh hanya berdiam diri apabila Rohingya berdepan kesusahan dalam menjalani kehidupan.

"Kesusahan dan penderitaan mereka turut dirasai dan akan cuba ditangani," kata Najib.

Menurutnya, usaha untuk menyalurkan bantuan kepada etnik Rohingya disarankan ketika Perhimpunan Agung Umno tahun lalu, disusuli sidang Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang dipengerusikan Malaysia baru-baru ini.

Beliau berkata, ia dilaksanakan bagi menyampaikan mesej bahawa penderitaan yang dilalui etnik Rohingya perlu dihentikan.

"Komuniti Rohingya ini telah cukup menderita. Cukuplah," kata Najib.

Sementara itu, Presiden Kelab Puteri 1Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, flotila itu akan berlayar melalui Langkawi, Thailand dan Laut Andaman sebelum ke Pelabuhan Yangoon.

Mengetuai misi berkenaan, Abdul Azeez berkata, kapal itu dijangka tiba ke destinasi pada 9 Februari dan akan menemui Duta Malaysia di Myanmar, Mohd Haniff Abd Rahman dan menteri kebajikan negara berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Najib , flotila , Myanmar

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan