Kepulangan Perogol Bersiri Timbul Persoalan

Diterbitkan: Jumaat, 3 Februari 2017 8:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dalam tempoh tiga hari lagi, pesalah perogol bersiri, Selva Kumar Subbiah akan kembali ke negara ini dari Kanada dan pihak polis mengakui tiada jaminan bahawa dia tidak akan melakukan jenayah lagi.

Bagaimanapun, peguam di Malaysia mengatakan tidak ada apa-apa yang boleh melindungi rakyat Malaysia daripada penjenayah bersiri itu.

Pihak berkuasa hanya boleh bertindak terhadapnya jika dia melakukan jenayah di bumi Malaysia.

Pelbagai pendapat dan pandangan rakyat Malaysia mengenai kepulangan Selva Kumar ke negara. 



Pada Isnin, seorang pesara polis Kanada, Brian Thomson dalam artikel yang diterbitkan di dalam blognya 'Cancrime'  berkata, "dia (Selva Kemar) tidak akan berhenti".

Bagaimanapun, peguam Datuk Baljit Singh Sindhu berkata, Selva Kumar sudah menjalani hukumannya di Kanada.

"Selain rekod jenayah itu, dia adalah seorang yang bebas. Polis tidak boleh menyentuhnya melainkan jika dia melakukan jenayah lain di sini," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Manakala peguam Amer Hamzah Arshad berkata, di bawah sistem keadilan,  penjenayah yang telah menerima hukuman perlu diberi peluang kedua.

Mengenai cadangan pendaftaran pesalah seks, Amer berkata perlu ada kajian menyeluruh dan mendalam sebelum sistem itu boleh dilaksanakan.

"Terdapat pro dan kontra. Mempunyai undang-undang atau pendaftaran itu boleh sesuai untuk pesalah seks ganas dan berulang-ulang tetapi mungkin terdapat beberapa bekas pesalah yang tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.

"Ia mungkin menyukarkan bekas banduan untuk memulakan hidup baru, "katanya.

Pada Rabu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Selva Kumar yang didapati bersalah melakukan serangan seksual terhadap berpuluh wanita di Toronto, Kanada akan dipantau dengan teliti sebaik sahaja tiba di Malaysia.

Khalid berkata Selva Kumar akan dipantau berdasarkan rekod jenayah dan melalui bidang kuasa dan kuasa yang sedia ada.

Tidak banyak yang diketahui mengenai Selva Kumar kecuali apa yang didedahkan di mahkamah berdasarkan keterangan yang diberi.

Malah hampir tiada siapa yang mengingatinya ketika pengajiannya di Kolej George Brown di Kanada memandangkan dia seorang yang pendiam dan tenang.

Begitu juga ketika dia belajar di Pulau Pinang dan salah seorang pengawas yang masih mengingatinya menggambarkan Selva Kumar seorang 'pengganggu dan suka bertengkar.

Dalam pada itu Thomson dan pasangannya Peter Duggan menemuramah 500 wanita dalam siasatan yang membawa kepada sabitan Selva Kumar yang digambarkan sebagai 'sakit jiwa' dan 'manipulator'.

Pegawai parol Selva Kumar di Kanada mendedahkan Selva Kumar sebagai 'berisiko tinggi untuk orang awam, ganas dan kebarangkalian untuk ulangi jenayah seksual'.

Laporan itu juga menyatakan bahawa Selva Kumar akan terus menunjukkan sikap 'kurang penyesalan'.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan