Zuriat: Kelantan Buka Pintu Poligami

Diterbitkan: Jumaat, 3 Februari 2017 1:31 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHRU: Kerajaan Kelantan sedia membantu golongan lelaki sama ada bujang atau yang telah beristeri untuk berpoligami sebagai langkah untuk menambah zuriat di kalangan umat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Wanita dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md Nawi berkata, maklumat dan kaunseling untuk tujuan itu akan diberikan bagi memastikan anak yang lahir daripada perkahwinan ini  menjadi contoh umat Islam yang baik.

"Kerajaan Kelantan akan bantu kepada mereka yang mahukan anak dengan berkahwin lagi sama ada isteri kedua, ketiga atau keempat.

"Langkah ini juga bagi mengelak golongan suami ke negara jiran untuk bernikah dan menimbulkan masalah termasuk daripada segi pembahagian harta dan hak isteri lain," katanya.

Mumtaz berkata demikian selepas menghadiri Hari Orang Kurang Upaya Ke-17 yang dilancarkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada Khamis.

Beliau berkata, kerajaan negeri mahu menggalakkan lebih ramai wanita melahirkan zuriat yang boleh dididik menjadi insan cemerlang.

"Bukan untuk lelaki untuk mengambil kesempatan dengan mempunyai ramai isteri semata-mata kerana nafsu," katanya.

Beliau berkata, perkahwinan yang berasaskan nafsu dan bukannya tanggungjawab berkemungkinan akan berakhir dengan penceraian.

"Seorang suami dan bapa yang bertanggungjawab penting untuk pembesaran anak-anak daripada segi fizikal dan rohaniah," katanya.

Enam tahun lalu, kerajaan Kelantan menggemparkan ramai apabila berhasrat memberi insentif kepada sesiapa yang berhasrat berpoligami bagi memastikan ikatan itu tidak dirahsiakan daripada isteri dan masyarakat.



Tags / Kata Kunci: Kelantan , poligami , Mumtaz Md Nawi

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan