Kad Pengenalan 'Bangsa Johor' Tak Wujud - SUK

Diterbitkan: Jumaat, 3 Februari 2017 12:37 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor menafikan pihaknya mengeluarkan kad pengenalan 'Bangsa Johor' selepas gambar mengenai dokumen itu tersebar di media sosial.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Azmi Rohani berkata, sama ada kerajaan negeri, mana-mana agensi atau jabatan berkaitan tidak pernah memperkenalkan kad pengenalan itu.

"Penggunaan kad pengenalan Johor seumpama itu tanpa merujuk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri adalah tidak dibenarkan sama sekali.

"Kerajaan negeri dan agendi di bawahnya tidak pernah memperkenalkan kad pengenalan ini," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Difahamkan, laporan polis dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah Seri Alam pada petang Khamis.

Beberapa posting di laman sosial yang menjadi viral menunjukkan kad pengenalan yang tertera "identiti Bangsa Johor" dan meminta orang ramai untuk memohon bagi mendapatkannya.

Kad itu juga mencatatkan nombor identiti "Bangsa Johor".

Sebagai tambahan, dokumen pengenalan diri itu juga berfungsi sebagai kad debit.

Di belakang kad itu tertera alamat pemiliknya dan nama waris termasuk pengesahan sebagai Bangsa Johor.

Tags / Kata Kunci: Bangsa Johor , Azmi Rohani

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan