Ramai Masih Ingkar Larangan Merokok Di Tempat Awam

Diterbitkan: Jumaat, 3 Februari 2017 11:31 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan larangan merokok di taman awam dan taman permainan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, Rabu lalu masih gagal dipatuhi.

Sama ada rakyat tempatan atau warga asing, masih ramai kelihatan merokok di tempat awam, termasuk kawasan Rawat dan Rehat (R&R).

Tinjauan The Star mendapati, taman KLCC misalnya masih dipenuhi dengan orang ramai yang merokok walaupun larangan itu telah beberapa hari dikuatkuasakan.

Pengurus syarikat minyak dan gas, Mohd Affendi Afnan berkata, beliau tidak maklum mengenai peraturan itu, malah berpendapat merokok di taman tidak membawa sebarang masalah.

Malahan, katanya, terdapat tong sampah dengan bekas membuang putung rokok di sekitar taman itu.

"Saya merokok di sini sekejap sebelum memulakan kerja," kata lelaki berusia 36 tahun itu.

Peraturan Kawalan Produk Tembakau (Pindaan) 2017 yang diumumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam mengikut Akta Makanan pada 17 Januari lalu telah diwartakan pada 24 Januari.

Seorang lagi perokok, Lim S.K pula mengakui beliau tahu mengenai peraturan itu.

"Saya baru selesai makan tengahari apabila nampak ramai yang merokok di sini, jadi saya anggap tidak jadi masalah untuk merokok juga," katanya.

Beliau menggesa pihak berkuasa supaya meletakkan papan tanda di kawasan yang diwartakan larangan merokok supaya orang ramai lebih maklum.

"Bagaimana nak kenal pasti kawasan di mana merokok adalah dibenarkan.

"Dalam isu ini, perlu wujudkan kesedaran, bukannya terus kuatkuasakan peraturan," katanya.

Seorang pelancong Timur Tengah yang hanya mahu dikenali sebagai Abdul Rashid, 26 berkata beliau tidak tahu mengenai peraturan larangan merokok di tempat awam itu.

"Maaf, saya tidak tahun mengenainya," katanya.

Situasi sama dilihat berlaku di R&R Sungai Buloh apabila pengguna jalan raya dilihat merokok di kawasan terbuka itu.




 

Tags / Kata Kunci: Kementerian Kesihatan , R&R , merokok

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan