Exco Perak Selar DAP Persoal MB Perak Kutip Sampah

Diterbitkan: Jumaat, 3 Februari 2017 12:00 PM

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kiri) menyertai pekerja Majlis Bandaraya Ipoh mengutip sampah di sekitar bandaraya itu baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kenyataan Nga Kor Ming yang mempertikai tindakan Menteri Besar Perak mengutip sampah menunjukkan Pengerusi DAP Perak itu miskin idea, kata Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.

Mohammad Zahir berkata kenyataan Nga juga mencerminkan DAP Perak tergugat dengan pendekatan kerajaan negeri dalam usaha mendekati rakyat secara telus.

"Saya cukup 'bersimpati' dengan Nga. Ini kerana apa yang dilakukan oleh Menteri Besar merupakan prinsip '3P' yang sering diamalkannya iaitu pendekatan, turun padang dan penyelesaian.

"Ini bukannya kali pertama Menteri besar bertindak sebegitu, jadi mengapa Nga mula tidak senang duduk dan mengeluarkan komen sebegitu," katanya dalam satu kenyataan, di sini, Jumaat.

Beliau mengulas dakwaan Nga yang menyifatkan tindakan Zambry 'mengutip sampah' bertujuan mencari publisiti murahan dengan membawa jurukamera dan pengamal media.

Semalam, Zambry menyertai kerja-kerja pembersihan dan pemunggahan sampah sarap bersama Datuk Bandar Ipoh Datuk Zamri Man serta anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bermula 6.30 hingga 9 pagi di sekitar bandar raya Ipoh.

Zambry yang mengenakan topi dan pakaian seperti pekerja perkhidmatan am MBI telah menaiki lori sampah dan mengutip sampah sarap di beberapa kawasan di sekitar Buntong, Little India dan Pasar Besar Ipoh.

Sementara itu, Mohammad Zahir berkata dakwaan Nga yang mengatakan Perak negeri kedua termiskin di negara ini membuktikan tahap kelekaan Anggota Parlimen Taiping tersebut terhadap perkembangan semasa negeri.

Memetik laporan yang dikeluarkan Ogos lalu, beliau berkata bagi tempoh 2012 hingga 2015, Perak mencatatkan kadar purata pertumbuhan ekonomi 7.7 peratus iaitu lebih tinggi berbanding kadar purata nasional pada 3.3 peratus. 

"Malah, dari segi peratusan miskin dan miskin tegar Perak mempunyai kadar kemiskinan sebanyak 3.29 peratus sahaja dan ini lebih baik berbanding Pulau Pinang dan Selangor.

"Peratusan miskin tegar di negeri ini juga hanya 0.74 peratus dan ini juga jauh lebih baik daripada kedua-dua negeri itu," katanya.

Justeru kata Mohammad Zahir, tindakan Nga membuat kenyataan tanpa memeriksa fakta adalah satu tindakan terdesak.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Perak , DAP , Zambry

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan