Biar Saya Tanggung Sendiri - Annuar

Diterbitkan: Jumaat, 3 Februari 2017 1:57 PM

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

PUTRAJAYA: Tidak mahu membebankan sesiapa, Tan Sri Annuar Musa bertegas untuk menanggung sendiri segala dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa terhadap dirinya apabila dengan sukarela melalui empat jam sesi soal siasat di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pagi Jumaat.

Annuar yang digantung tugas sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB) berkata, tuduhan terhadap dirinya adalah serius.

Oleh itu, kata bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu berkata, beliau bertanggungjawab sepenuhnya dalam isu ini tanpa mahu melibatkan sesiapa termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Setakat ini apa yang sedang disiasat tidak ada kena mengena dengan perdana menteri, kalau urusan dengan beliau itu atas urusan parti.

"Yang ini saya pikul sendiri, kenapa nak bebankan perdana menteri kerana yang dituduh itu saya," katanya kepada pemberita selepas hadir memberi keterangan selama empat jam di pejabat SPRM bagi membantu siasatan kes ini, di sini, Jumaat.

Annuar berkata demikian apabila ditanya sama ada beliau akan bertemu perdana menteri bagi mendapatkan penjelasan berhubung status dan kedudukannya dalam Umno selepas terpalit dengan isu ini.

Ahli Parlimen Ketereh ini berkata, dalam pertemuan dengan SPRM itu beliau telah menjawab soalan yang ditanya pasukan penyiasat selepas difahamkan badan itu telah membuka kertas siasatan terhadapnya.

"Bukti (beri) setakat mana yang saya tahu, saya menjawab soalab-soalan.

"Saya tiada bawa bukti sebab saya tidak tahu apa yang mereka mahu dapatkan jadi saya jawab setakat apa yang saya tahu berdasarkan apa yang SPRM tanya," katanya.

Tambahnya, banyak perkara telah ditanya termasuk keterlibatan dalam Universiti Kuala Lumpur (UniKL), PMB, dan syarikat yang menguruskan penajaan Kafa.

Ditanya sama ada dirinya tertekan dengan apa yang berlaku Annuar berkata, beliau menganggap apa yang berlaku ini sebagai satu cabaran untuk seorang ahli politik.

"Bila kita berkhidmat kepada rakyat sudah tentu akan ada cabaran, yang penting kita buat dengan jujur dan ikhlas bukan songlap masuk poket, bukan untuk peribadi, kita berkhidmat untuk orang ramai.

"Oleh kerana tuduhan ini agak serius bila dikatakan menyeleweng duit biasiswa, duit Mara, memaksa penajaan, kalau itu benar berlaku sangat buruk, sangat buruk bagi seorang penjawat awam, wakil rakyat,  seorang ahli politik yang mencecah umur 60 tahun kalau kita buat kerja menyeleweng dana, duit biasiswa, maka mesti disiasat," katanya.

Mengenai pemilihan bagi jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Annuar berkata beliau masih layak bertanding.

"Saya masih layak untuk bertanding walaupun disiasat tapi tidak semestinya saya akan bertanding," katanya.

Pada Selasa, Ahli Lembaga Majlis Mara dalam satu mesyuarat yang tidak dihadiri Annuar mencapai keputusan menggantung jawatan beliau dalam agensi itu bagi memberi laluan siasatan dalaman dijalankan berhubung penyelewengan dakwaan salah guna kuasa dengan memberi penajaan kepada pasukan bola sepak Kelantan.



Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , SPRM , Mara

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan