Taman Awam, Negeri Ditetapkan Zon Larangan Merokok

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2017 8:36 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tapak perkhemahan, gelanggang dan taman permainan kini ditetapkan sebagai kawasan larangan merokok.

Turut tersenarai adalah kawasan taman awam kecuali tempat letak kereta awam terbuka.

Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017 itu berkuatkuasa pada Rabu.

Peraturan baharu itu yang diumumkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam di bawah Akta Makanan 1983 pada 16 Januari lalu, diwartakan pada 24 Januari.

Antara kawasan yang ditetapkan dibawah peraturan baharu itu adalah:

> Menara tinjau di taman negara dan taman negeri;

> Taman awam - mana-mana kawasan terbuka bagi kegiatan riadah dan rekreasi yang mempunyai landskap, laluan pejalan kaki, padang permainan, gelanggang dan taman permainan kecuali tempat letak kereta awam terbuka;

> Taman negara;

> Taman negeri – kawasan yang diwartakan sebagai taman negeri, tanah rizah atau hutan simpanan kekal dibawah mana-mana undang-undang.

> Tapak perkhemahan – kawasan yang ditetapkan untuk tujuan mendirikan khemah bagi aktiviti perkhemahan termasuk mana-mana bangunan di dalam tapak riadah itu dan;

> Jambatan kanopi -  laluan pejalan kaki yang menghubungkan pokok termasuk tempat rehat.

Bendahari Agung Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) Muham­mad Sha’ani menyambut baik pindaan tersebut dengan berkata kebanyakan perokok berpendapat adalah menjadi hak mereka untuk merokok di taman negara kerana ia adalah kawasan terbuka.

"Adalah lebih baik untuk mengisytiharkan semua kawasan awam sebagai zon larangan merokok dan kemudian menyenaraikan kawasan yang dikecualikan.

"Namun jumlah besar rakyat di negara ini ketagih dengan tabiat merokok dan melakukan perkara itu tidak akan menjadi satu langkah popular untuk ahli politik," kata Muhammad.

Ditanya siapa yang akan menguatkuasakan peraturan baharu itu sebagai contoh terhadap golongan muda yang merokok di sebuah taman permainan, beliau berkata ia menjadi tanggungjawab pihak berkuasa tempatan kerana ia merupakan taman awam.

Beliau berkata ia terpulang kepada pihak berkuasa tempatan untuk memainkan peranan mereka dalam meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan awam.

Jelas Muhammad lagi, peraturan baharu itu hanya digunapakai di taman awam dan taman negeri di semenanjung malaysia.



iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan