Tiga Ular Sawa 'Rakan Bilik' Pelakon Dwan

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2017 9:27 AM

Dwan menunjukkan kemahiran bermain dengan ular. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bukan semua orang berani berdepan dengan ular apatah lagi untuk berdekatan dengan reptilia yang berdarah sejuk itu.

Namun bagi pelakon baharu, Dwan atau nama sebenarnya Muhammad Ridzwan Shahrul Hamid, 25, tiga ular sawa yang dibelanya dijadikan ‘rakan sebilik’ di rumahnya di Taman Pokok Asam, Taiping, Perak.

Selain ular sawa, pelakon drama Tanah Kubur dan filem Dollah Superstar itu turut memiliki ular tedung dan tedung selar yang ditempatkan di rumah sifunya, Amjad Khan yang juga anak kepada Raja Ular Malaysia, Allahyarham Ali Khan Samsuddin.

Dwan berkata walaupun pernah tercedera di tangan dan menerima lima jahitan kerana digigit ular sawa seberat 12 kilogram dan 10 meter panjang ketika memburu spesies itu di hutan pada 2010, kejadian itu tidak mematahkan semangatnya untuk memelihara reptilia itu.

"Ramai beranggapan memelihara ular sebagai tidak masuk akal, namun hakikatnya reptilia itu mudah dijinakkan malah amat manja dan hanya memerlukan penjagaan minimum," katanya.

Dwan tidak menafikan dalam mengendalikan ular peliharaannya itu, dia harus berhati-hati bagi mengelakkannya tercedera.

"Bagi mengelakkan ular berasa terancam dalam persekitaran manusia, saya perlu memegang dan membelainya dengan teknik yang betul selain sentiasa berhati-hati supaya tidak terpijak tubuhnya ketika sedang menjalar," katanya.

Dwan berkata minat serta hobi yang dianggap berbahaya itu kini menjadi sumber pendapatan sampingannya menerusi undangan mengadakan pertunjukan ular di seluruh negara.

Katanya, sebelum melakukan sebarang aktiviti mahupun pertunjukan bersama ular-ularnya itu, dia akan mendapatkan kelulusan daripada pihak berwajib terlebih dahulu.

Selain itu, sebelum bermain dengan ular-ularnya untuk tujuan pertunjukan, Dwan yang juga model sambilan berkata, dia sentiasa memastikan dirinya berada dalam keadaan berwuduk selain berdoa agar keselamatan dirinya dilindungi.

"Ramai kawan kata suatu hari nanti saya akan mati dipatuk ular akibat hobi ini, namun bagi saya semua itu adalah ketentuan Allah,” katanya yang merancang mengadakan jelajah pertunjukan ular di seluruh negara tahun ini. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Dwan , ular sawa , pelakon baharu

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan