Tiada Rakyat Malaysia Ditahan Di JFK - Kementerian Luar

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2017 1:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa New York, John F. Kennedy (JFK) pada Rabu.

Kementerian tersebut mengulas laporan sebuah portal berita bahawa seorang pelancong dari Malaysia ditahan di sana walaupun laporan tersebut menyatakan ia tidak pasti sama ada tahanan itu merupakan pemegang pasport Malaysia atau hanya seorang pelancong yang berlepas dari negara ini.

"Kami sudah melakukan pemeriksaan, tiada rakyat Malaysia ditahan," kata seorang jurucakap kementerian itu.

Wisma Putra bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Pada Rabu, portal berita terbabit turut melaporkan 20 negara baharu termasuk Malaysia telah disenaraikan antara negara Islam yang dilarang memasuki Amerika Syarikat (AS).

Portal tersebut kemudiannya menarik balik kenyataan tersebut.

Kedutaan AS di sini dalam satu kenyataan menjelaskan Malaysia tidak termasuk dalam larangan perjalanan yang dikeluarkan Presiden Donald Trump.

"Perintah eksekutif kekal sebagaimana dikeluarkan minggu lepas dan Malaysia tidak berada dalam senarai negara-negara yang terjejas ekoran arahan itu.

"Warga Malaysia boleh terus melakukan perjalanan ke Amerika Syarikat menggunakan visa yang sah," kata jurucakap kedutaan itu.

Trump mengeluarkan perintah larangan perjalanan itu minggu lepas, seminggu selepas mengangkat sumpah sebagai presiden.


iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan