Hentikan Amalan Politik Berlebihan Semasa Perayaan - MCA

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2017 9:48 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: MCA menggesa parti pembangkang untuk menghentikan amalan berpolitik secara melampau terutamanya semasa sambutan perayaan atau kebudayaan.

MCA berkata sedemikian susulan spekulasi yang mendakwa penari tarian singa enggan membuat persembahan untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada majlis rumah terbuka anjuran Gerakan sempena Tahun Baharu China.

"Menjadi kebiasaan dalam tarian singa, ada detik-detik tertentu tarian terhenti seketika. Ini kerana penari mahu mengawal kepala singa untuk tunduk dan mengupas buah oren yang akan diberikan kepada tetamu sebagai simbol kebaikan.

"Namun, aksi tarian singa itu dieksploitasi dan diputarbelit oleh pembangkang dengan menuduh krew tarian singa," kata MCA menerusi kenyataan jabatan publisitinya.

Kenyataan itu menambah, tidak seperti pembangkang, MCA menghargai sambutan perayaan.

"Sepatutnya ada had dalam berpolitik terutamanya semasa sambutan perayaan dan kebudayaan, dan keadaan sedemikian akan membawa lebih kegembiraan dan kebaikan.

"Namun Pakatan gagal menyedari kebaikan tersebut," jelas kenyataan itu pada Khamis.

Pada Sabtu, tersebar rakaman klip video yang menunjukkan penari tarian singa melakukan persembahan untuk Najib Razak.

Dalam klip yang telah disunting, kelihatan seperti penari singa itu enggan menari untuk Perdana menteri.

Tags / Kata Kunci: MCA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan