Kepulangan Annuar Malam Ini Jadi Tumpuan

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2017 11:17 AM

Annuar berkongsi gambar berada di dalam pesawat di laman Facebook miliknya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kepulangan Tan Sri Annuar Musa ke tanah air dari Auckland, New Zeland pada malam Khamis pastinya menjadi tumpuan ramai susulan isu penggantungan beliau sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pelaburan Mara Berhad (PMB) berkuatkuasa Selasa lalu.

Dalam satu kenyataan ringkas di laman Facebooknya, Annuar memaklumkan pesawat yang dinaiki beliau akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 8.30 malam Khamis.

"Bismillahirrahmanirrahim, Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar... Subhanallazi Sakkharalana Haaza Wama Kunna Lahu Mukriniin... Wainna Ila Rabbina Lamun Qalibuun... MH130 from Auckland... ETA 8.30pm (11 jam)," tulisnya.

Pada malam Rabu, Annuar turut berkata perkara pertama yang akan dilakukan sekembalinya ke tanah air adalah hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Insya-allah esok (Khamis) saya pulang ke tanah air. Perkara pertama ingin saya lakukan ialah awal awal pagi saya ke SPRM untuk diri saya di siasat. Saya berwajib memberikan kerjasama dan saya harus menghormati tugas mereka.

"Penerbangan lebih 10 jam pasti meletihkan tapi gembira untuk pulang menemui anak cucu,rakan media dan lain-lain yang kini sedikit terbatas kerana jarak yang jauh.

"Apa pun sebelum pejabat SPRM dibuka saya harap dapat berada di sana supaya ada masa yang panjang dan cukup untuk mereka menjalankan tugas mereka...Insya-allah," katanya.

Sebelum ini, Annuar berkata beliau akan menjelaskan bagi pihak dirinya apabila pulang dari lawatan ke New Zealand pada Khamis.

Katanya, adalah lebih baik jika beliau memberi penjelasan sebaik sahaja tiba di Malaysia.

Pada Selasa, Annuar diminta 'bercuti sementara' bagi membolehkan siasatan dalaman diadakan berhubung isu penajaan Mara kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Ahli Majlis Mara, Datuk Dr Yusof Yacob, berkata keputusan itu bagi memberi laluan kepada siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku dan penyelewengan kuasa dikaitkan terhadap Annuar.

Katanya, mesyuarat tergempar yang dihadiri semua Ahli Majlis Mara sebulat suara bersetuju dengan keputusan berkenaan, selaras hasrat agensi dalam memastikan kepentingan dan amanah rakyat sentiasa dipelihara.

Isu berkenaan tercetus selepas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa Mara dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mengeluarkan dana bagi menaja The Red Warriors (TRW).

Bagaimanapun, Annuar menafikan kedua-dua agensi itu dipaksa menaja pasukan berkenaan, sekali gus menolak kemungkinan wujud salah guna kuasa.

Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , Mara , Kafa

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan