Guan Eng Tolak Cadangan Jadikan Pulau Pinang Wilayah Persekutuan

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2017 7:15 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Lim Guan Eng pada Khamis berkata beliau tidak bersetuju dengan sebarang cadangan untuk Pulau Pinang dijadikan Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata kenyataan berkaitan perkara itu oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor adalah berunsur hasutan kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Kami tidak bersetuju dengan cadangan seumpama itu. Pulau Pinang ialah sebuah negeri dalam persekutuan dan beliau (Tengku Adnan) mahu menghilangkan kewujudan kami mengikut lunas undang-undang. Seperti yang saya katakan, saya tidak akan menjadi ketua menteri Pulau Pinang yang terakhir. Kami tidak akan menyerahkan Pulau Pinang.

"Kenyataan ini boleh disifatkan sebagai hasutan kerana ia mengancam integriti dan perpaduan Persekutuan Malaysia secara menyeluruh," katanya pada sidang media di sini seperti dilaporkan Bernama.

Lim berkata beliau terkejut apabila mendapat tahu mengenai cadangan itu, terutama sekali kerana tiada sebarang perbincangan dibuat mengenainya.

"Ini langsung tidak masuk akal dan saya terkejut bahawa beliau membuat kenyataan seumpama itu, terutama sekali tanpa berunding terlebih dahulu dengan negeri-negeri yang terlibat," katanya.

Dalam temu bual dengan stesen radio berteraskan kandungan perniagaan, BFM pada 1 Februari, Tengku Adnan berkata beliau mahu perluaskan wilayah persekutuan untuk memasukkan Pulau Pinang, Pulau Langkawi, Kedah dan sebahagian Melaka.

Negeri-negeri berkenaan akan terletak di bawah pentadbiran Putrajaya secara langsung dan Tengku Adnan mendakwa dengan pembabitan kerajaan persekutuan, negeri terbabit akan mendapat lebih peruntukan dan lebih perhatian.

Ketika ini di bawah Wilayah Persekutuan ialah Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan