Arahan Trump Tidak Jejas Rakyat Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 1 Februari 2017 5:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia tidak terjejas susulan larangan perjalanan yang dikeluarkan Presiden Donald Trump, demikian disahkan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini.

"Perintah eksekutif kekal sebagaimana dikeluarkan minggu lepas dan Malaysia tidak berada dalam senarai negara-negara yang terjejas ekoran arahan itu.

"Warga Malaysia boleh terus melakukan perjalanan ke Amerika Syarikat menggunakan visa yang sah," kata jurucakap kedutaan kepada Bernama ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau berkata, kerajaan AS komited untuk memudahkan perjalanan secarav sah bagi pelawat antarabangsa di samping menjamin keselamatan sempadan AS.

"Penggantungan ini yang diperuntukkan dalam Perintah Eksekutif membolehkan kerajaan AS mengkaji semula prosedur pemeriksaan sedia ada dan pada masa melindungi keselamatan negara," kata beliau.

Sebuah portal tempatan hari ini memetik tweet dari wartawan Mic.com yang berpusat di AS, Jack Smith IV yang mendakwa seorang rakyat Malaysia ialah antara 71 orang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di New York ekoran larangan perjalanan tersebut.

Trump mengeluaran perintah larangan perjalanan itu minggu lepas, seminggu selepas mengangkat sumpah sebagai presiden.

"Larangan ke atas masyarakat Islam" seperti dirujuk sekarang, melarang rakyat dari Iraq, Syria, Iran, Yaman, Sudan, Libya dan Somalia daripada memasuki AS, tanpa mengira agama, untuk tempoh 90 hari sejak perintah itu ditandatangani.

Tags / Kata Kunci: Donald Trump

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan