Kedudukan Annuar Dalam Umno Setakat Ini Tidak Berubah - Najib

Diterbitkan: Rabu, 1 Februari 2017 7:26 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bot melihat keadaan Sekolah Menengah Paloh Hinai yang ditenggelami air ketika meninjau kawasan Pekan yang dilanda banjir, Rabu.

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kedudukan Tan Sri Annuar Musa sebagai ketua penerangan parti itu setakat ini  tidak berubah.

Perdana menteri berkata peluang harus diberikan kepada anggota Parlimen Ketereh, Kelantan itu untuk membersihkan namanya daripada tuduhan berkaitan salah guna kuasa berkaitan penajaan agensi di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk pasukan bola sepak Kelantan.

"Beliau sanggup disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi diri beliau peluang untuk bersihkan nama daripada sebarang tuduhan.

"Biarlah proses (siasatan) ini berjalan dan kita tidak boleh buat apa-apa tafsiran dan anggapan sehingga proses ini selesai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai kedudukan Annuar dalam Umno susulan disiasat SPRM, selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Institut Kemahiran Bina Negara (IKBN) Paloh Hinai di sini, Rabu.

Najib yang diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor turut bertanya khabar kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat itu sejak Isnin lepas. Terdapat 74 mangsa banjir daripada 19 keluarga ditempatkan di situ.

Mara semalam menggantung tugas Annuar sebagai pengerusi agensi itu dan pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan sebulat suara berhubung penggantungan tugas Annuar itu dicapai dalam satu mesyuarat khas yang dipengerusikan Anggota Majlis Mara Datuk Dr Yusof Yacob di ibu pejabat agensi tersebut di sini. 

Penggantungan itu dibuat bagi membolehkan audit dalaman Mara menyiasat beberapa perkara termasuk penajaan PMB dan Universiti Kuala Lumpur untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors.

Berikutan penggantungan itu, kedudukan Annuar sebagai Ketua Penerangan Umno telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan anggota dan kepimpinan parti itu.

SPRM semalam mengesahkan telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa terhadap Annuar.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , Najib , Umno , Mara

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan