PRK: Balu Tok Nan Calon BN DUN Tanjong Datu

Diterbitkan: Rabu, 1 Februari 2017 4:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Balu Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, Puan Sri Jamilah Anu, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu.

Pencalonan beliau diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini pada Rabu.

"Saya menyatakan perkara ini kepada Puan Sri dan beliau menyatakan persetujuan untuk menjadi calon," kata Amar Abang Johari sambil menambah, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak juga bersetuju dengan pencalonan itu.

Menurut Amar Abang Johari yang juga merupakan pengerusi BN Sarawak, Jamilah, 62, merupakan pilihan paling sesuai memandangkan beliau sering berada di sisi Adenan ketika Allahyarham bergelar sebagai Adun Muara Tang dan Tanjong Datu.

"Jamilah sangat aktif dan sering turun padang bersama Tok Nan," katanya.

Bagaimanapun Jamilah tidak hadir ketika pengumuman itu dibuat.

Kerusi Parlimen Tanjong Datu kosong susulan kematian Adenan pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.

Dalam Pilihan Raya Negeri pada Mei lalu, Adenan mengekalkan kerusi tersebut dengan kemenangan majoriti 5,892 undian untuk mengalahkan wakil PKR, Jazolkipli Numan yang hanya memperoleh 468 undi.

Tarikh penamaaan calon ditetapkan pada Sabtu ini manakalan PRK Tanjong Datu akan diadakan pada 18 Februari depan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan