Tingkat Pengawasan Jika Zon Aliran Bebas Dibuka - Imigresen

Diterbitkan: Rabu, 1 Februari 2017 9:04 PM

(Ubah saiz teks)

PADANG BESAR: Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata Jabatan Imigresen akan meningkatkan pengawasan sekiranya kerajaan memutuskan untuk membuka semula zon aliran bebas Wang Kelian, di sini.

Beliau berkata difahamkan sehingga kini masih tiada sebarang ketetapan dibuat kerajaan berhubung status atau keputusan pembukaan semula zon aliran bebas di Wang Kelian.

"Zon aliran bebas itu juga sudah beberapa kali dibuka dan ditutup atas beberapa faktor berkaitan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand walaupun beberapa pihak mahu ia dibuka semula atas faktor merancakkan semula aktiviti ekonomi di situ," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Mustafar ditemui pemberita pada Program Institusi Raja dan Imigresen Memartabatkan Kedaulatan, Keselamatan dan Kesejahteraan Rakyat dan Negara di Masjid Nurul Husna, di sini, Rabu.

Turut berangkat pada program itu Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang kemudiannya bersama-sama dengan peserta dan ketua-ketua agensi awam Perlis berbasikal untuk mengunjungi dan menyantuni asnaf di kawasan berkenaan.

Mustafar berkata penetapan status zon aliran bebas bukan terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Imigresen sebaliknya Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Sekiranya diarahkan dibuka semula, Imigresen akan memastikan kawasan itu ditadbir sebaiknya mengikut tanggungjawab dan bidang tugas imigresen," katanya.

Zon aliran bebas itu sebelum ini memberi kemudahan pergerakan bebas tanpa dokumen sehingga jarak kira-kira satu kilometer dari sempadan Wang Kelian di sini dan Wang Prachan, Thailand, namun dihentikan berkuat kuasa 1 April 2015 atas faktor keselamatan.

Tags / Kata Kunci: Mustafar Ali , Imigresen , Wang Kelian

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan