'Angkat Kening' TMJ Cetus Tanda Tanya

Diterbitkan: Selasa, 31 Januari 2017 6:21 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rakaman video berdurasi lima saat Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang hanya senyum sinis sambil mengangkat keningnya, menimbulkan tanda tanya.

Video pendek itu dimuatnaik dalam laman Facebook Johor Southern Tigers hanya beberapa jam selepas Tan Sri Annuar Musa digantung tugas sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) berkuatkuasa pada Selasa.

Keputusan penggantungan Annuar dibuat bagi memberi laluan kepada siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku dan penyelewengan kuasa dikaitkan terhadap bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu.

Sebelum ini, Tunku Ismail dan Annuar sering berbalas kenyataan terutamanya berkaitan isu wang tajaan pasukan bola sepak Kelantan.

Dalam pendedahan Tunku Ismail pada 12 Januari lalu, beliau mendakwa Mara melalui PMB dan UniKL telah menyalurkan dana kepada The Red Warriors (TRW).

Menerusi kenyataan di Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail turut memuat naik beberapa gambar surat permohonan tajaan daripada TRW kepada Pelaburan Mara dan UniKL, baucar pembayaran dan slip deposit cek yang dibayar kepada TRW pada 2016.





iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan