MPK Roboh Tokong Menyerupai Kubah Masjid

Diterbitkan: Selasa, 31 Januari 2017 5:03 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada Selasa merobohkan sebuah tokong kecil yang menyerupai kubah masjid di Bukit Raja, Klang dekat sini kerana dibina tanpa kebenaran majlis serta Pejabat Daerah dan Tanah Klang.

Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata MPK telah memberikan notis kepada pemilik tokong pada 24 Januari lepas supaya memindahkan atau membuka struktur binaan tokong tersebut, namun arahan itu tidak diendahkan.

"Pembinaan tokong ini dibuat atas tanah kerajaan dan MPK telah arahkan pemiliknya memindah atau robohkan binaan itu, pemilik juga berjanji untuk robohkan selepas perayaan Tahun Baharu Cina.

"Namun sehingga semalam, tiada sebarang tindakan diambil pemilik. Berikutan itu, MPK dengan kerjasama polis membantu pejabat daerah merobohkan kuil berkenaan pagi Selasa.

"Tindakan diambil mengikut Akta Parit dan Bangunan 1974 kerana mendirikan bangunan atau struktur binaan tanpa kebenaran majlis," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sebelum ini, tokong kecil yang menyerupai kubah masjid itu menjadi tular di laman sosial dan mendapat kecaman masyarakat termasuk penduduk setempat.

Berikutan itu, mereka mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik tokong berkenaan yang disifatkan biadap kerana tidak menjaga sensitiviti umat Islam. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MPK , tokong kecil , roboh

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan