Segera Selesai Siasatan Terhadap Annuar - Ismail Sabri

Diterbitkan: Selasa, 31 Januari 2017 6:01 PM

Ismail Sabri Yaakob.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Majlis Mara berkuasa penuh untuk menggantung sementara Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa sehingga selesai siasatan audit dalaman berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan yang dibuat Majlis Mara itu tidak melibatkan pelantikan dan pemberhentian yang memerlukan kuasa menteri dengan persetujuan Perdana Menteri.

"Saya menghormati keputusan Majlis Mara yang ingin menyelesaikan isu membabitkan Mara dan anak syarikat mereka secara tuntas. Cuma saya minta supaya siasatan dalaman ini dapat diselesaikan dengan segera," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut Ismail Sabri, beliau dimaklumkan oleh Penasihat Undang-Undang Mara bahawa Majlis Mara berkuasa penuh dalam keputusan menggantung, sementara menunggu siasatan juruaudit dalaman diselesaikan.

"Ianya merupakan prosedur biasa di dalam satu-satu siasatan, untuk yang disiasat digantung tugas sementara," katanya.

Jelas Ismail Sabri, mesyuarat khas Majlis Mara diadakan pada Selasa berikutan permohonan kesemua ahli majlis itu yang turut menandatanganinya, termasuk wakil kerajaan.

Katanya, mesyuarat itu bertujuan melantik Jawatankuasa Audit Dalaman bagi menyiasat isu berkaitan tajaan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Pelaburan Mara Berhad (PMB) serta beberapa isu lain yang diviralkan menerusi media sosial.

Beliau berkata, siasatan tersebut perlu dilakukan bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Mara.

Pada masa sama, jelas Ismail Sabri, Annuar tidak dijemput menghadiri mesyuarat itu kerana ia berkaitan dakwaan terhadap beliau.

Malah, katanya, Annuar tidak dipanggil memberi penjelasan kerana mesyuarat berpendapat adalah wajar penjelasan itu dibuat kepada Jawatankuasa Audit Dalaman nanti.

"Tindakan penggantungan sementara dibuat kerana beliau sedang disiasat Jawatankuasa Audit Dalaman dan sebagai Pengerusi, bimbang ia akan mempengaruhi siasatan," katanya.



Tags / Kata Kunci: Mara , Annuar Musa , Ismail Sabri Yaakob

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan