Lesen Halal Restoran Sebuah Hotel Di Manjung Ditarik Balik

Diterbitkan: Selasa, 31 Januari 2017 3:32 PM

(Ubah saiz teks)

LUMUT: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menarik balik lesen halal sebuah restoran milik sebuah hotel terkemuka di Manjung berikutan timbul keraguan dalam penyediaan daging mentah.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Perak, Yusri Abdul Rani berkata, penarikan sijil berkenaan turut melarang penggunaan logo halal pada restoran terbabit, berkuat kuasa 24 Januari lalu.

"Kita telah memeriksa stok daging mentah di restoran berkenaan dan mendapati pihak restoran telah menukar syarikat pembekal yang membekalkan daging tanpa memaklumkan kepada JAIPk.

"Malah apabila kita periksa latar belakang syarikat pembekal itu, syarikat itu tidak mempunyai Sijil Halal," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Selasa.

Yusri berkata pemeriksaan juga mendapati daging-daging yang dibekalkan syarikat pembekal itu tidak dilabelkan mengikut piawaian yang ditetapkan.

"Memang menimbulkan keraguan apabila kesemua daging berkenaan tidak dilabelkan malah dicampur, jadi kita tidak tahu daging apa yang disimpan pihak restoran terbabit," katanya.

Bagaimanapun, Yusri berkata, hotel berkenaan masih boleh memohon semula Sijil Halal sekiranya komited dan melakukan tindakan pembetulan yang mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

Sementara itu, Yusri berkata kesemua syarikat dan restoran di Perak yang diberikan pensijilan halal perlu mengisytiharkan kepada JAIPk jika menukar syarikat pembekal bagi memastikan bekalan yang disediakan tidak melanggar peraturan ditetapkan.

"Ini sememangnya kes berat dan setiap syarikat memang telah diberitahu mengenai prosedur tersebut kerana kita mahu memastikan kesemua bekalan mentah adalah halal.

"Kebanyakan syarikat mahu mencari keuntungan dan mereka mengambil jalan mudah menukar syarikat pembekal yang menawarkan harga lebih murah, tanpa pengetahuan JAIPk," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan