Bot Bawa Pelancong China Guna Jeti Secara Haram

Diterbitkan: Selasa, 31 Januari 2017 12:42 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Syarikat pelancongan yang memiliki bot jenis Catamaran yang karam dalam perjalanan ke Pulau Mengalum, Sabtu lalu telah menggunakan jeti Kampung Tanjung Aru secara tidak sah untuk membawa pelancong.


Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Pang Yuk Ming berkata, firma pelancongan tidak sepatutnya menggunakan jeti itu untuk tujuan pelancongan marin.

"Mereka sepatutnya menggunakan jeti-jeti di Jesselton Point atau jeti-jeti di Sutera Harbour dan Resort Shangrila Tanjung Aru," katanya.

Beliau berkata tindakan syarikat itu menggunakan jeti kampung tersebut secara haram akan dirujuk kepada Dewan Bandaraya serta Jabatan Pelabuhan dan Dermaga.

Yuk Ming berkata syarikat-syarikat pelancongan dikehendaki menggunakan jeti yang ditetapkan di mana mereka dikehendaki mengemukakan senarai identiti penumpang dan jumlah penumpang yang dibawa.

"Apabila menggunakan jeti yang bukan ditetapkan, mereka boleh buat apa sahaja yang mereka mahu," katanya.

Berikutan kejadian bot karam yang tidak diingini itu, Pang berkata, rombakan industri pelancongan marin Sabah telah dilaksanakan oleh jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai pihak berkuasa dan wakil-wakil industri.

"Kami akan mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam industri pelancongan marin dan membuat syor-syor dalam laporan kepada ketua menteri," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan