Saya Tak Tahu Menahu - Annuar

Diterbitkan: Selasa, 31 Januari 2017 2:02 PM

Tan Sri Annuar Musa

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tan Sri Annuar Musa yang baharu digantung tugas sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) tengahari Selasa mendakwa tidak tahu menahu mengenai mesyuarat khas yang diadakan Ahli Majlis Mara.

Beliau yang kini berada di New Zealand dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook berkata, mesyuarat tersebut sepatutnya diadakan pada 14 Februari ini.

Bagaimanapun, Annuar akur apabila Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob membenarkan mesyuarat khas diadakan lebih awal tanpa kehadirannya.

Berikut adalah kenyataan penuh Tan Sri Annuar Musa:

Kira-kira sejam lalu saya menerima panggilan telefon daripada Ketua Pengarah Mara Datuk Ibrahim Ahmad dan Ahli Majlis Mara Datuk Dr Yusof Yaacob, memaklumkan bahawa mereka telah mengadakan Mesyuarat Khas Majlis atas restu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

Saya dimaklumkan mesyuarat yang dipengerusikan Dr Yusof itu telah mengambil keputusan menggantung saya serta-merta dari tugas saya sebagai Pengerusi Mara dan Pengerusi Pelaburan Mara Bhd.

Saya sekarang berada di luar negara atas urusan rasmi Mara.

Hari ini saya baru saja selesai mesyuarat bersama Kolej Yayasan Saad dan Queenstown Recreational College (Otago University) dan esok dijadualkan bertemu Naib Canselor University of Auckland sebelum berlepas pulang khamis.(Program ini akan saya batalkan kerana menghormati penggantungan ini).

Saya tidak tahu menahu hal mesyuarat khas ini dan saya juga belum mendapat maklum apa isunya kerana setakat ini saya tidak pernah diminta apa-apa penjelasan oleh sesiapa baik Ahli Majlis atau menteri.

Mesyuarat Majlis dijadualkan pada 14/2/17 dan saya bercadang untuk berbincang isu-isu berkaitan tetapi nampaknya YB menteri telah memberi 'consent' untuk mesyuarat khas diadakan terlebih awal dan tanpa kehadiran saya.

Sebagai penjawat jawatan yang dilantik oleh menteri saya menerima apa saja secara berlapang dada dan penuh kebertanggungjawaban terutama dalam rangka menjalankan tugas yang diamanahkan kepada saya.

Prinsip integriti dan amanah Insyaallah sentiasa saya utamakan.

Saya akan membuat kenyataan selanjutnya minggu depan Insyaallah..biar segalanya tenang dulu dan tidak perlu terburu buru.

Terima kasih kepada semua. Salam Hormat.

Keputusan terhadap Annuar itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pendedahan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 12 Januari lalu yang mendakwa Mara melalui PMB dan UniKL telah menyalurkan dana kepada pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW). 

Menerusi kenyataan di Facebook Johor Southern Tigers, TMJ  turut memuat naik beberapa gambar-gambar surat permohonan tajaan daripada TRW kepada Pelaburan Mara dan UniKL, baucar pembayaran dan slip deposit cek yang dibayar kepada TRW pada 2016.

     

   


Tags / Kata Kunci: Mara , gantung tugas , Tan Sri Annuar Musa

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan