Annuar Perlu Hadir Mesyuarat Audit Dalaman Mara 7 Februari

Diterbitkan: Selasa, 31 Januari 2017 4:32 PM

Annuar Musa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa dan beberapa individu berkaitan akan dipanggil untuk hadir pada mesyuarat audit dalaman Majlis Amanah Rakyat (Mara), 7 Februari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa.

Ahli Majlis Mara, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, siasatan dalaman tersebut dilakukan susulan pendedahan beberapa dokumen berkaitan penajaan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Pelaburan MARA Berhad (PMB) terhadap kelab bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW).

"Kita akan panggil semua individu berkaitan, termasuk Annuar Musa supaya isu ini diselesaikan secepat mungkin," katanya pada sidang media, di ibu pejabat Mara, di sini, Selasa.

Menurut Yusof, siasatan itu hanya akan tertumpu pada dakwaan penyalahgunaan kuasa Annuar membabitkan penajaan TRW daripada PMB dan UniKL, serta tiada kaitan dengan pembelian empat aset Mara di Melbourne, Australia.

Katanya, penjualan dan pembelian aset tersebut adalah isu berasingan serta tidak berkaitan dengan dakwaan yang dikaitkan dengan Annuar selaku Pengerusi Mara dan PMB.

"Sementara menunggu keputusan, kita biar Annuar Musa berehat dulu kerana beliau dianggap individu berkepentingan dalam isu ini, selain menghalangnya daripada memperoleh sebarang butiran penyiasatan dikendalikan audit dalaman Mara," katanya.


Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , Mara

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan