Agong Berkenan Terima Darjah D.K.M

Diterbitkan: Selasa, 31 Januari 2017 10:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada Selasa berkenan menerima Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M) daripada kerajaan Malaysia.

Ia disampaikan kepada Seri Paduka oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu istiadat di Istana Negara.

Darjah kebesaran itu dikurniakan kepada Sultan Muhammad V yang menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 mulai 13 Disember lalu.

Seri Paduka menggantikan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh lima tahun penggal pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Disember lepas.

Antara yang hadir pada istiadat itu ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Yang Dipertua Dewan Negara Datuk S.A. Vigneswaran dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

Jemputan lain ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: Sultan Muhammad V , D.K.M

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan