Trafik Perlahan Di Beberapa Laluan Lebuh Raya Setakat 6 Petang

Diterbitkan: Isnin, 30 Januari 2017 7:12 PM

Keadaan trafik berhampiran Plaza Tol Gombak mula sesak petang Isnin. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa laluan lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 6 petang Isnin berikutan orang ramai pulang ke ibu kota selepas cuti sambutan Tahun Baharu Cina.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, aliran trafik dilapor perlahan iaitu Bukit Beruntung ke Rawang dan Jelapang ke Simpang Pulai berikutan peningkatan jumlah kenderaan.

"Trafik juga sesak di Gopeng menuju Slim River dan Lembah Beringin ke Bukit Tagar dan trafik dijangka perlahan sehingga malam ini," katanya ketika dihubungi di sini, Isnin.

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik dilaporkan perlahan di Lebuhraya Karak dari Genting Sempah menuju ke Plaza Tol Gombak. 

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan