Dua Mangsa Diselamatkan Kira-Kira 18 Jam Selepas Bot Karam

Diterbitkan: Isnin, 30 Januari 2017 8:48 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Dua kru bot pelancong jenis Catamaran, yang karam dengan 28 pelancong China ketika menuju ke Pulau Mengalum dari Kota Kinabalu, dipercayai berada di laut selama kira-kira 18 jam sebelum diselamatkan awal hari Ahad.

Seorang penyelamat Eduard Delos Reyes, 37, yang juga seorang pemandu bot pelancong, berkata beliau dan seorang lagi rakannya Chu Chun Yung, 30, menyelamatkan Aman Abdul, 38, dan Sharezaa Salian Sali, 25, kira-kira pukul 4.30 pagi.

"Kami bertolak dengan 'speed boat' dari Jeti Tanjung Aru dalam 8 malam Sabtu menuju ke perairan sekitar Pulau Mengalum dan lebih kurang 4.30 pagi Ahad, kami mendengar jeritan meminta tolong.

"Kami menyuluh kawasan sekitar dan terlihat Aman dan Sharezaa berpaut antara satu sama lain," katanya ketika ditemui Bernama di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini malam Ahad.

Menurut Delos Reyes, beliau dan Chu menarik dua mangsa itu ke dalam bot mereka dan mengambil keputusan untuk mencari mangsa lain iaitu seorang lagi kru dan 28 pelancong China.

Apabila tiada lagi mangsa ditemui, beliau berkata mereka memutuskan untuk menamatkan pencarian kira-kira pukul 11 pagi selepas beliau dan rakannya bersama dua mangsa itu berasa lapar.

Katanya, mereka terus ke Pulau Tiga dan kemudiannya ke Kota Kinabalu di mana mereka dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk diambil keterangan.

Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata 23 lagi mangsa ditemui oleh bot nelayan, tiga daripadanya mati dan dijangka tiba di Kota Kinabalu awal pagi Isnin.

Pencarian ke atas enam lagi mangsa masih diteruskan.

Bot itu yang membawa 31 orang - tiga kru dan 28 pelancong warga China - dipercayai karam akibat cuaca buruk dan laut bergelora.

Nahas berlaku kira-kira sejam selepas bot itu bertolak dari Jeti Tanjung Aru pukul 9 pagi Sabtu menuju ke Pulau Mengalum, kira-kira 56 km ke barat laut Kota Kinabalu.
Tags / Kata Kunci: bot karam , Catamaran , Eduard Delos Reyes

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan