Buaya Tembaga Sesat Di Penanti - Berita Semasa | mStar

Buaya Tembaga Sesat Di Penanti

Diterbitkan: Isnin, 30 Januari 2017 9:18 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Buaya yang dilihat di sebuah kampung di sini dipercayai buaya air masin, atau lebih dikenali penduduk setempat sebagai buaya tembaga.

Buaya air masin itu adalah spesies yang dilindungi dan ia dilihat oleh penduduk Kampung Kubu di Penanti di sini selama tiga hari berturut-turut sejak Jumaat.

Sejak kehadiran buaya tersebut, penduduk sentiasa bimbang kerana reptilia itu telah beberapa kali muncul di kawasan semak berhampiran Sungai Mati di kampung berkenaan.

Pengarah  Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Loo Kean Seng berkata, pegawai jabatan itu akan memantau situasi di sungai berkenaan dan jika boleh, membawa buaya berukuran kira-kira dua hingga tiga meter panjang itu, kembali ke habitat semula jadinya.

"Kami juga mungkin boleh menjerat dan melepaskannya di Sungai Prai.

"Buaya itu mungkin telah tersesat dari habitat semula jadinya kerana hujan lebat sejak beberapa hari lepas.

"Yang penting tiada orang cuba mengganggu atau cuba menangkap buaya itu sendiri, sebaliknya dinasihatan supaya memaklumkan kepada pihak berkuasa," katanya ketika dihubungi, Ahad.

Seorang penduduk, Abdullah Jad, 59, berkata, buaya itu mula dikesan pada Jumaat oleh empat lelaki yang sedang memancing di tepi sungai.

"Buaya itu sekali lagi dilihat berada tebing sungai sekitar jam 3 petang dan 5 petang Sabtu selama kira-kira sejam.

"Saya hanya berjaya mengambil beberapa keping gambar buaya itu dengan telefon bimbit saya," katanya.

Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohd Azman Hussin berkata, pihaknya menerima laporan pada 4.15 petang Sabtu.

"Sebaik pihak bomba sampai di lokasi kejadian didapati benar terdapat ancaman seekor buaya yang berehat di kawasan belakang rumah penduduk di situ," katanya di sini Ahad.

Bagaimanapun haiwan itu hilang daripada pandangan selepas menyedari kehadiran manusia, katanya yang meminta penduduk melaporkan segera kepada pihak bomba jika terlihat reptilia itu.

Tags / Kata Kunci: buaya tembaga , buaya air masin , Penanti
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan