Kedah Rancang Zon Bebas Cukai Di Bukit Kayu Hitam

Diterbitkan: Ahad, 29 Januari 2017 4:07 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kedah akan mewujudkan zon bebas cukai kedua di negeri itu selepas Pulau Langkawi di atas tapak seluas 6,000 hektar milik Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah dan swasta di Bukit Kayu Hitam.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) ke-17 di Putrajaya baru-baru ini yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Dalam mesyuarat tersebut Perdana Menteri telah arahkan supaya NCIA bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah melaksanakan perkara ini," katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Gerakan Kedah, di sini, Ahad.

Ahmad Bashah berkata kawasan itu akan dibangunkan dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur seperti hotel, perumahan, pusat beli-belah dan sekolah yang diunjur mampu menarik kedatangan lebih ramai pelancong dari negara jiran.

"Penduduk yang ada di kawasan itu akan menikmati barangan bebas cukai dan kita harap perkara ini akan kita bangunkan segera kerana kita nak selain daripada Pulau Langkawi ada satu lagi kawasan bebas cukai yang berada di tanah besar," katanya.--Bernama

Tags / Kata Kunci: Kedah , zon bebas cukai

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan