Janin Enam Bulan Ditemui Dalam Tong Sampah

Diterbitkan: Ahad, 29 Januari 2017 12:58 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Seorang pengawal keselamatan yang sedang mencari tin dan botol kosong di dalam tong sampah berhampiran sebuah restoran di Taman Perwira di sini, terkejut apabila menemui janin bayi di dalam tong itu.

Lelaki berusia 36 tahun itu menemukan janin tersebut dalam balutan sehelai seluar berwarna putih pada 8 malam tadi sebelum menghubungi polis.

Berdasarkan pemeriksaan awal, janin bayi dipercayai lelaki itu dianggar berusia enam bulan, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, di sini, Ahad.

Beliau berkata polis akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup dari kawasan berhampiran bagi mengesan pihak yang membuang janin tersebut.

Nik Ros Azhan Polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Janin itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes disiasat menurut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, katanya.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Taman Perwira , Nik Ros Azhan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan