Pengunjung Dataran Merdeka Terpukau Saksikan Tarian Singa

Diterbitkan: Ahad, 29 Januari 2017 4:30 PM

Pelancong asing mengambil buah limau yang diagihkan kepada mereka yang menyaksikan persembahan tarian singa sempena Tahun Baru Cina anjuran Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA) di Dataran Merdeka, Ahad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suasana di perkarangan Dataran Merdeka di sini gamat dan meriah sebaik paluan gendang, gong dan simbal bergema semasa persembahan kebudayaan tarian singa bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Warga tempatan dan pelancong asing di sekitar bangunan bersejarah itu kelihatan terpaku melihat kelincahan aksi penari yang mengenakan kostum singa berwarna-warni.

Pelancong dari Georgia, Lucie Ruzickova, 28, yang pertama kali berkunjung ke Malaysia, berkata dia berasa bertuah dapat menyaksikan persembahan itu. 

"Saya benar-benar sukakan persembahan mereka. Sambutan perayaan di sini sangat menyeronokkan dan menakjubkan," katanya kepada Bernama selepas menyaksikan persembahan tarian singa anjuran Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia, Ahad. 

Sementara itu, peniaga dari Perak yang hanya mahu dikenali sebagai Lew, 45, berkata persembahan kebudayaan tersebut perlu dipertahankan untuk generasi akan datang.

Pengarah Kanan Lembaga Penggalakan Antarabangsa Bahagian Penggalakan Pelancongan Malaysia Datuk Mohmed Razip Hasan bersama Pengurus Besar Biro Pelancongan Kuala Lumpur Khairul Anuar Mhd. Juri bergambar kenangan bersama sebahagian pelancong asing pada persembahan tarian singa sempena Tahun Baru Cina anjuran Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (Mita) di Dataran Merdeka, Ahad.

Naib Presiden Mita, Jason Ow Yeang berkata acara yang dianjurkan untuk kali kelima itu memberi peluang kepada pelancong tempatan dan asing merasai sendiri suasana perayaan selain memperkenalkan budaya dan tradisi masyarakat Tionghua.

"Ini juga satu daripada usaha kami untuk mencapai sasaran empat juta pelancong dari China tahun ini," katanya.

Bagi mencapai sasaran itu, beliau berkata Mita menjemput kira-kira 50 agensi pelancongan dari China untuk mengambil bahagian dalam Pameran Pelancongan Mita bermula 24 hingga 26 Februari ini di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines, Seri Kembangan.-- Bernama



iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan