Budak Setahun Lapan Bulan Korban Pertama Banjir Di Pahang

Diterbitkan: Ahad, 29 Januari 2017 12:47 PM

Penghuni Kuarters Jabatan Kerja Raya Lipis Mohamad Iswan Yahya,37, menggunakan sebuah bot untuk meronda ketika tinjauan fotoBERNAMA baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang kanak-kanak berusia setahun lapan bulan menjadi korban pertama banjir di Pahang setelah ditemui lemas berhampiran rumahnya di Kampung Medang Hilir Sabtu malam.

Ketua Polis Daerah Pekan Superitendan Amran Sidek berkata Siti Nurdarwisyah Abdul Rahman yang hilang pada 7.22 malam, ditemui tersangkut di celah pokok berhampiran rumah oleh anggota keluarga yang keluar mencarinya setengah jam sebelum itu. 

"Bapa mangsa Muhammad Firdaus Sazali, 24, menyedari anak tunggalnya itu tiada di dalam rumah sebelum meminta jirannya membantu mencari di luar rumah yang telah dinaiki air kira-kira satu meter," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Amran berkata bapa mangsa mengesyaki anaknya terjatuh ke dalam air selepas mendapati pintu rumah terbuka. 

"Semasa kejadian Muhammad Firdaus dan isteri serta bapa dan ibu mentua dan adik iparnya berada di dalam rumah itu," katanya.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pekan menaiki kenderaan polis untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia pada 9.17 malam dan bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Kampung Medang Hilir , banjir

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan