Banjir Di Kelantan Pulih Sepenuhnya

Diterbitkan: Ahad, 29 Januari 2017 5:56 PM

Gambar fail pada 23 Januari lalu menunjukkan mangsa banjir Che Ida Rahayu Che Othman, 49, mula membersihkan rumahnya yang dilanda banjir selepas paras banjir mulai surut di Kampung Pasir Tumboh, Kota Baru. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Keadaan banjir di Kelantan pulih sepenuhnya pada Ahad selepas sebuah pusat pemindahan terakhir yang menempatkan 14 mangsa daripada dua keluarga di Kuala Krai, ditutup pada 1 tengah hari.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Zainuddin Hussin berkata, kesemua mangsa di pusat pemindahan tersebut telah dibenarkan pulang pada tengah hari Ahad.

"Secara rasminya kesemua pusat pemindahan yang dibuka sebelum ini telah ditutup sepenuhnya tengah hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mengikut laman sesawang kerajaan negeri, ebanjir.kelantan.gov.my, paras air di kebanyakan sungai utama di Kelantan juga menunjukkan trend menurun kepada paras berjaga-jaga dan normal kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang yang mencatatkan paras 9.26 meter (m) yang masih melepasi paras bahaya sembilan meter. - Bernama

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan