Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama Setakat 10 Pagi

Diterbitkan: Sabtu, 28 Januari 2017 11:18 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 10 pagi Sabtu.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, trafik dilaporkan perlahan sejauh tiga kilometer dari Rawang menghala Sungai Buaya dan Bukit Tagar menghala Lembah Beringin.

"Trafik dijangka akan terus meningkat di lebuh raya utama bersempena cuti Tahun Baharu Cina ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata keadaan trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) masih lagi berjalan lancar dan terkawal.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Tags / Kata Kunci: Trafik , Tahun Baru Cina

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan