Pekerja Kontrak Ditemui Mati Jatuh Dari Tingkat 14

Diterbitkan: Sabtu, 28 Januari 2017 3:56 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Seorang pekerja kontrak berusia 56 tahun di temui mati di tingkat tiga selepas terjatuh dari tingkat 14 di sebuah bangunan apartment pada Sabtu.

Pihak polis telah dihubungi mengenai insiden pada pukul 19.30 pagi ini dan bergegas ke Komplek Pulau Mutiara di Macallum Street Ghaut.

Mangsa yang dikenali Chiew Teong Seng disahkan mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk post-mortem. 

Sesiapa yang mempunyai sebarang masalah boleh menghubungi Befrienders di talian 04-2815161/2811109 di Pulau Pinang, atau 05-5477933/5477955 di Ipoh.

Tags / Kata Kunci: Jatuh , pekerja kontrak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan