IPT Perlu Rujuk Kerajaan Sabah Sebelum Buat Kajian

Diterbitkan: Sabtu, 28 Januari 2017 3:48 PM

Dr Salleh Said Keruak

(Ubah saiz teks)

KOTA BELUD: Institusi pengajian tinggi (IPT), termasuk IPT awam, perlu merujuk kepada kerajaan Sabah jika mempunyai rancangan untukmembuat sebarang kajian di negeri ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata langkah itu bagi menentukan kajian tersebut tidak menjejaskan kawasan yang dikaji, termasuk alam sekitar dan ekonomi penduduk setempat.
 
"Walaupun tujuannya itu (kajian) amat baik, tetapi kalau ia boleh merosakkan keadaan kawasan tersebut, ia tidak akan mencapai matlamat kajian.

"Kita harus mengambil pendekatan bahawa apa sahaja yang kita lakukan,haruslah mendapat sokongan padu penduduk setempat," katanya ketika ditemui pemerita pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina Kapitan Cina Kota Belud Datuk Andy Chua pada Sabtu.

Salleh, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Usukan, diminta mengulas kajian arkeologi di dua lokasi kapal perang Jepun yang tenggelam di Teluk Usukan dekat sini awal bulan ini, yang dikatakan tidak dirujuk kepada kerajaan negeri.

Universiti Malaysia Sabah (UMS), yang menjalankan kajian itu bersama sebuah syarikat tempatan Ugeens Berjaya Enterprise, mendakwa terdapat kira-kira 3,000 tan bahan toksik di lokasi kajian tersebut.

Pada Rabu (25 Jan), Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun mengarahkan kajian itu dihentikan serta-merta sehingga perundingan antara UMS dengan kementerian berkaitan diadakan.

Salleh turut bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri untuk menghentikan kajian tersebut agar tidak menimbulkan masalah atau kerosakan kepada alam sekitar.

"Di negeri ini, kita memberi tumpuan kepada pelancongan sebagai sektor yang perlu kita perhebatkan kerana sektor pelancongan ini aset kepada Sabah.

"Antara yang kita beri penekanan ialah alam semula jadi dan sebarang tindakan yang boleh membawa kerosakan sedemikian haruslah dijalankan dengan berhati-hati," katanya. -Bernama

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan