Ruang Seluasnya Buat SPRM Buru Pesalah Rasuah - TPM

Diterbitkan: Jumaat, 27 Januari 2017 3:03 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi ruang seluas-luasnya untuk menyiasat, menggeledah dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam gejala rasuah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata usaha proaktif itu perlu diberi sokongan dan kerajaan membuka ruang sepenuhnya kepada SPRM menjalankan penyiasatan terhadap mereka yang disyaki terlibat termasuk ahli politik.

"SPRM bukan hanya sekadar 'diperundangkan' tetapi mempunyai kuasa mutlak untuk memburu sesiapa sahaja sama ada ahli politik, ahli perniagaan atau pemegang-pemegang jawatan dalam kerajaan.

"Bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN), saya memberikan ruang sepenuhnya untuk SPRM, bukan sekadar menyiasat tetapi menggeledah semua maklumat yang diperolehi serta mengambil tindakan segera ke atas semua pertuduhan," katanya mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad pada Khamis seperti dilaporkan Bernama.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan upacara pemakaian pangkat Kehormat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) kepada 38 ahli mesyuarat Pengurusan Tertinggi KDN di sini, Jumaat.

Dalam kenyataannya pada Khamis, Dzulkifli dilaporkan berkata pihaknya tidak pernah mengetepikan perhatian terhadap ahli-ahli politik yang dipercayai melakukan perbuatan rasuah, sebaliknya hanya menunggu masa untuk mengambil tindakan tegas terhadap ahli-ahli politik berkenaan.

Timbalan perdana menteri berkata SPRM mempunyai peruntukan undang-undang yang luas untuk menjalankan siasatan termasuk melakukan penggeledahan dan mereka seharusnya menggunakan ruang tersebut untuk mengambil tindakan berdasarkan hak yang telah diperundangkan.

Mengenai RELA, Ahmad Zahid berkata dengan keanggotaan melebihi tiga juta,  jabatan itu perlu bergerak ke arah menjadi tenaga kesukarelawan yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam membantu pasukan keselamatan lain mempertahankan keselamatan negara.

Peranan RELA juga perlu terus relevan dalam memberikan perkhidamatan berdasarkan situasi semasa, namun perkara asas seperti memberi bantuan ketika banjir harus diperhebat kerana ia merupakan pendekatan 'berpaksikan rakyat' yang telah memberikan imej baik kepada jabatan, katanya.

Pada majlis itu, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim mengetuai pemakaian pangkat membawa gelaran Ketua Pesuruhjaya RELA Kehormat. 

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi , SPRM

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan