TPM Terima Kunjungan Hormat Duta AS

Diterbitkan: Jumaat, 27 Januari 2017 11:04 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Inisiatif Malaysia dalam menangani jenayah pemerdagangan orang, perkembangan penyertaan Malaysia dalam Program Pengecualian Visa Amerika Syarikat, ancaman keselamatan peringkat serantau dan global serta isu migrasi.

Itu adalah antara intipati perbincangan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia yang baharu, Kamala Shirin Lakhdhir, yang membuat kunjungan hormat ke atasnya di sini pada Jumaat.

Kunjungan pengenalan yang berlangsung selama setengah jam itu antara lain membincangkan inisiatif Malaysia dalam menangani jenayah pemerdagangan orang menjelang penilaian tahunan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat yang akan diumumkan pada pertengahan tahun ini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, dalam kenyataan media mengenai pertemuan itu berkata, Malaysia telah mengambil langkah drastik bagi meningkatkan jumlah sabitan bagi jenayah tersebut.

Katanya pada tahun lepas, jumlah sabitan meningkat kepada 91 berbanding tujuh sabitan pada 2015, manakala sebanyak 403 kes berkaitan jenayah itu telah dibicarakan di mahkamah pada tahun lepas.

"Satu langkah penting ialah penubuhan Pasukan Petugas Khas bagi menangani jenayah ini dengan kerjasama pihak Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu di bawah Pejabat Dadah dan Jenayah yang berpejabat di Bangkok, Thailand termasuk dengan pihak Amerika Syarikat," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Ahmad Zahid berkata, Malaysia dan Amerika Syarikat menjalin hubungan diplomatik sejak 1957, meliputi pelbagai bidang kerjasama antaranya perdagangan, pelaburan, pertahanan, keselamatan, pendidikan, sains dan teknologi serta pertanian.

"Hubungan dua hala yang telah diperkukuhkan semasa pentadbiran Amerika Syarikat terdahulu di bawah Presiden Barack Obama perlu diperkukuhkan di bawah pentadbiran Amerika Syarikat yang baharu di bawah Presiden Donald Trump yang mengangkat sumpah pada 20 Januari," katanya.

Di bidang keselamatan, katanya kedua-dua negara telah menandatangani memorandum persefahaman dalam membanteras jenayah rentas sempadan termasuk Memorandum mengenai Kerjasama Imigresen.

Di samping itu, menurutnya dua perjanjian turut ditandatangani mengenai pertukaran maklumat berhubung senarai pengganas yang dikenal pasti dan disyaki serta Perjanjian dalam Membanteras Jenayah Berat.

Lakhdhir memulakan tugas sebagai Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia pada 5 Januari lepas, menggantikan Joseph Yun yang menamatkan perkhidmatannya pada Oktober tahun lepas.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan