'Saya Bukan Untuk Disewa'

Diterbitkan: Jumaat, 27 Januari 2017 8:52 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: "Saya bukan untuk disewa." Demikian luah seorang lelaki yang menjadi tular dalam laman media sosial selepas mengeluarkan status "teman lelaki untuk disewa' sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Malah lelaki itu, Zeann Jian mengaku bahawa kenyataan itu sebenarnya satu gurauan.

"Saya tidak sangka status tersebut menjadi tular. Sebenarnya kenyataan itu satu jenaka tetapi orang ramai mengambil serius dan menyebarkannya.

"Saya menerima lebih 100 mesej dari semua bangsa dan bukan sahaja daripada golongan wanita tetapi juga lelaki yang bertanyakan tentang status tersebut.

"Saya menjawab semua mesej itu dengan menolak pelawaan mereka dan menjelaskan bahawa status tersebut hanya gurauan dalam kalangan kawan-kawan saya.

"Mujur mereka memahaminya," kata lelaki tersebut.

Dia menerima kira-kira 3,700 'like' dan statusnya itu dikongsi sebanyak 3,698 kali dalam Facebook.

Malah Jian turut 'melantik' kawan baiknya, Ken Joe untuk menjadi pengurus bagi 'perkhidmatan tersebut.

Jian mendedahkan dia mendapat idea tersebut selepas membaca artikel "“Young adults not looking forward to ‘when is your turn to marry?’ quiz” dalam The Star yang disiarkan pada 18 Januari lalu.

Malah lelaki berusia 26 tahun itu yang bekerja dalam bidang pengiklanan, menyiarkan biodata, gambar dan kadar harga bagi perkhidmatan sewa teman lelaki dalam Facebook.

Perkhidmatan "Sewa Teman Lelaki Sempena Tahun Baharu China" bermula dengan kadar RM88 sehari, RM188 untuk acara makan malam dan RM888 bagi sepanjang sambutan perayaan itu.

Walaupun Jian enggan menjadi teman lelaki sementara buat wanita bujang, bekas jurulatih kecergasan itu berkata, perkhidmatan tersebut memiliki permintaan yang tinggi di Malaysia.

"Ramai orang berdepan tekanan yang tinggi (untuk berkahwin), jadi mungkin saya bersama kawan-kawan boleh merealisasikan idea ini pada masa depan.

"Jika saya mahu melakukan perkara ini, saya akan pastikan ia dilaksanakan dengan betul tanpa melanggar undang-undang atau menyakitkan hati sesiapa.

"Tapi apa yang pasti, saya tidak akan menjadi teman lelaki untuk disewa kepada sesiapa," katanya.

Di China, fenomena menyewa teman lelaki atau wanita semasa Tahun Baharu China menjadi perniagaan yang lumayan.

Dianggarkan, kos untuk menyewa pasangan mencecah jumlah 500 yuan (RM322) hingga 2,000 yuan (RM1,288) semalam.

Tags / Kata Kunci: Tular , Zeann Jian

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan