Malaysia Yakin Pentadbiran Baharu AS Teruskan Program Pengecualian Visa

Diterbitkan: Jumaat, 27 Januari 2017 1:49 PM

Donald Trump.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia yakin pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) di bawah Presiden Donald Trump akan meneruskan program pengecualian visa AS untuk Malaysia, yang kini telah memenuhi hampir kesemua syarat yang ditetapkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata hanya satu sahaja syarat ditetapkan Jabatan Negara AS yang belum dipenuhi oleh Malaysia, iaitu penolakan permohonan visa kurang daripada tiga peratus.

Katanya ketika ini kadar penolakan permohonan visa adalah 3.7 peratus dan yakin Malaysia dapat memenuhi syarat itu menjelang September 2018.

"Kita cuma perlu 0.7 peratus sahaja lagi untuk memenuhi kehendak itu dan kita amat positif program pengecualian visa ini akan terus dilaksanakan.

"Penolakan itu atas sebab teknikal dan prosedur, bukan soal keselamatan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat Rela kepada Ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Dalam Negeri, di sini Jumaat.

Terdahulu beliau menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia yang baharu, Kamala Shirin Lakhdhir, yang memulakan tugas pada 5 Januari lepas, menggantikan Joseph Yun yang menamatkan perkhidmatannya pada Oktober tahun lepas.

Berdasarkan perbincangan selama setengah jam dengan Lakhdhir, Ahmad Zahid berkata duta baharu AS itu komited untuk menyampaikan mesej Malaysia berkenaan program pengecualian visa AS itu kepada pentadbiran baharu AS.

"Saya pasti mesej itu jelas dan terang dan beliau menunjukkan sangat komited," katanya.

Malaysia menyatakan hasrat menyertai program pengecualian visa AS dalam perbincangan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas presiden AS Barack Obama semasa pemimpin itu melawat Malaysia pada April 2014.

Program itu akan membolehkan rakyat Malaysia memasuki AS tanpa memohon untuk mendapatkan visa dan membolehkan mereka tinggal di negara itu bagi tempoh maksimum 90 hari untuk tujuan pelancongan atau perniagaan.

Mengenai perkara lain yang dibangkitkan dalam pertemuan tersebut, katanya Lakhdhir akan kembali semula ke Washington DC untuk memahami dasar-dasar baharu AS, serta berbincang dengan semua duta AS yang dilantik.

Menurutnya beliau yakin perkara yang telah dibincangkan dengan duta terdahulu akan terus diberikan kesinambungan, biarpun Presiden Trump mempunyai pelbagai dasar baharu namun perjanjian dan kesefahaman sebelum ini akan terus dilaksanakan. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: Donald Trump , Presiden AS

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan