PAS Boleh Jumpa Sesiapa - Presiden Umno

Diterbitkan: Jumaat, 27 Januari 2017 8:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS berhak untuk bertemu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"PAS boleh jumpa sesiapa. Itu hak masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kesediaan parti Islam itu untuk menentukan hala tuju kerjasama politik dengan PPBM pada 2 Februari ini.

Sebelum Ini, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya telah mengemukakan draf rangka perjanjian itu kepada Pas dan sedang menungggu maklum balas.

Difahamkan, rundingan itu nanti yang hanya melibatkan PAS dan PPBM akan diketuai Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi dan masa pertemuan tersebut.

Dalam pada itu Najib berkata, Umno masih belum membuat keputusan untuk menyertai Himpunan 355 yang dianjurkan PAS pada 18 Februari nanti.

Katanya, mereka perlu meneliti pelbagai aspek berkaitan perkara itu sebelum kata putus mengenainya dibuat.

"Ada (bincang dalam mesyuarat) tapi saya akan buat ulasan kemudian. Kita sedang perhalusi segala aspek (himpunan) rang undang-undang. Bagi saya tempoh sikit," katanya.

Himpunan 355 bakal membuka lembaran baharu sejarah negara apabila menjadi himpunan paling aman serta melibatkan semua pihak.

Ia akan diadakan di ibu negara bagi memberi penerangan mendalam mengenai pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mac ini.

Tags / Kata Kunci: Presiden Umno , PAS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan