Tinggal Lebih Masa Di Jordan, Rakyat Malaysia Dihantar Pulang - Berita Semasa | mStar

Tinggal Lebih Masa Di Jordan, Rakyat Malaysia Dihantar Pulang

Diterbitkan: Jumaat, 27 Januari 2017 8:57 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seorang pelajar warganegara Malaysia, En. Ahmad Musa Alnuwayri Kamaruzaman, telah dideportasi pulang ke Malaysia pada pada Jumaat oleh pihak berkuasa Jordan atas kesalahan tinggal lebih masa.

Berdasarkan laporan yang diterima oleh pihak Kementerian, visa pelajar En. Ahmad Musa telah tamat sejak bulan November 2015. Beliau tidak meninggalkan Jordan setelah diarahkan oleh pihak berkuasa tempatan dalam masa tujuh hari pada penghujung bulan November 2016.

Oleh itu, En. Ahmad Musa telah ditahan oleh pihak berkuasa tempatan pada 20 Januari 2017. Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan telah dimaklumkan berhubung penahanan tersebut dan pegawai dari Kedutaan  telah melawat En. Ahmad Musa bagi memastikan kebajikan beliau terjaga.

Kedutaan Besar Malaysia di Amman telah menerima kerjasama baik daripada pihak berkuasa Jordan dalam mengendalikan perkara ini.

Kementerian Luar Negeri mengingatkan warganegara Malaysia di Jordan agar menghormati dan mematuhi undang-undang tempatan, terutama sekali berkaitan dengan undang-undang imigresen bagi mengelakkan sebarang kesulitan untuk terus tinggal di negara tersebut.

Tags / Kata Kunci: Malaysia , Jordan
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan