Kuota Haji Dikembalikan 27,900 Orang - Berita Semasa | mStar

Kuota Haji Dikembalikan 27,900 Orang

Diterbitkan: Jumaat, 27 Januari 2017 3:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kuota Jemaah haji Malaysia dikembalikan kepada 27,900 orang tahun ini berbanding 22,230 sebelum ini.

Tabung Haji (TH) dalam kenyataannya berkata kerajaan Arab Saudi mengembalikan kuota berkenaan setelah pengurangan kuota jemaah haji terhadap jemaah asing dikuatkuasakan pada 2013.

Katanya keputusan tersebut telah dimaklumkan oleh Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Mohammad Saleh Bentan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam mesyuarat tahunan urusan haji di Jeddah, Rabu lalu.

"Bagi pihak Kerajaan Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Jamil Khir Baharom) mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi di atas pengembalian semula kuota haji berkenaan yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam," katanya di sini pada Jumaat seperti dilaporkan Bernama.

Menurut kenyataan itu, kos menunaikan haji tahun ini meningkat kepada RM19,550 seorang berbanding RM18,890 tahun lepas.

"Walaupun kos meningkat setiap tahun, TH masih dapat mengekalkan bayaran haji sebanyak RM9,980 seorang jemaah Haji Muasassah kali pertama sejak 2009.

Subsidi Haji yang ditanggung TH dijangka berjumlah RM200 juta bagi musim haji tahun ini," menurut kenyataan itu.

TH juga telah dimaklumkan bahawa kerajaan Arab Saudi kini sudah hampir selesai melaksanakan projek pembangunan di sekitar Masjidil Haram.

"Usaha ini bagi memastikan jemaah haji dan umrah dari seluruh dunia dapat menunaikan ibadat dengan lebih selesa dan selamat seiring dengan penambahan jumlah jemaah setiap tahun," kata kenyataan itu.

Sementara itu, TH menjelaskan kerajaan Malaysia dan Arab Saudi sentiasa duduk semeja bagi membincangkan soal pengurusan jemaah haji dan penambahbaikan setiap tahun.

Katanya antara perkara yang dibincangkan setiap tahun adalah peruntukan kuota tambahan bagi membantu memendekkan tempoh penggiliran haji.

Tags / Kata Kunci: Tabung Haji
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan