IBR: Contohi Kerajaan Sarawak - SPRM

Diterbitkan: Jumaat, 27 Januari 2017 6:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kepimpinan semua kerajaan negeri disaran menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai azam mewujudkan perkhidmatan yang adil, telus dan bebas gejala rasuah seperti dilaksanakan kerajaan Sarawak. 

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki berkata pemimpin negeri termasuk ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu mengambil insiatif itu bagi membuktikan kesungguhan memerangi rasuah selain mengangkat amalan integriti dan beretika tinggi. 

Langkah kepimpinan dan anggota kabinet kerajaan Sarawak menandatangani IBR dua hari lepas wajar dipuji apabila menjadi negeri pertama menandatanganinya sejak diperkenalkan SPRM awal tahun ini, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

"Inisiatif menandatangani IBR yang dibuat kerajaan Sarawak menunjukkan mereka komited untuk melahirkan satu kerajaan yang bebas rasuah. 

"Harapnya lebih banyak (kerajaan negeri) yang ingin menandatangani IBR,"katanya mengulas reaksi banyak pihak yang mahu kerajaan negeri lain termasuk jabatan dan agensi kerajaan menandatangani IBR.  -

Rabu lepas, Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg mengetuai sembilan menteri dan 18 menteri muda negeri melafaz dan menandatangani IBR, dengan disaksikan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad. 

IBR merupakan satu lagi usaha baharu SPRM yang menekankan ikrar serta janji dalam kapasiti individu oleh mereka yang diamanahkan tanggungjawab agar menghindari daripada terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa sepanjang melaksanakan tugas.  

Menurut SPRM, selain kerajaan Sarawak, agensi yang telah menandatangai IBR ialah Lembaga Hasil Dalam Negeri. -Bernam

Tags / Kata Kunci: Ikrar Bebas Rasuah , SPRM

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan