Pintu PAS Terbuka Untuk Pribumi, Bukan DAP - Hadi

Diterbitkan: Jumaat, 27 Januari 2017 2:59 PM

(Ubah saiz teks)

MARANG: PAS menutup pintu rundingan dengan DAP tetapi sedia berbincang dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi).

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, DAP dan pemimpinnya, termasup ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang tidak pernah menunjukkan sebarang sokongan terhadap perjuangan PAS.

Malah kata beliau, pelan DAP untuk mengadakan rundingan dengan PAS hanya sebahagian agenda bagi memenangi pilihan raya.

"Beliau (Kit Siang) tidak pernah menunjukkan tanda sokongan kepada perjuangan kami. Beliau juga menentang pembentukan sebuah kerajaan Islam.

"Beliau dan DAP turut menentang usul pindaan Akta 355 Mahkamah Syariah. Semua perkara ini berkait rapat dengan prinsip PAS," kata Hadi selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Rusila di sini.

Hadi mendakwa, DAP telah menunjukkan 'belang yang sebenar' di Pulau Pinang dengan mengabaikan tanggungjawab mereka.

"Lihat sikap mereka terhadap penduduk Islam di Pulau Pinang. Ia merupakan bukti jelas. Mereka gagal menjaga kepentingan penduduk negeri itu.

"Apa yang dilakukan DAP hanya untuk memenangi pilihan raya. Namun PAS bukan sahaja mahu memenangi pilihan raya tetapi mahu membawa perubahan.

"Kita mempunyai agenda sendiri, begitu juga DAP. Tetapi agenda kita berbeza dan tidak sehaluan (dengan DAP). Jadi tidak (berunding dengan DAP) memandangkan tiada petanda positif," ujarnya.

Beliau berkata demikian mengulas tentang persoalan melibatkan kenyataan Kit Siang baru-baru ini yang mahu berunding dan bekerjasama dengan PAS.

Menyentuh tentang kerjasama dengan Parti Pribumi, Hadi berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak konsisten dalam kenyataan umum tetapi PAS sedia untuk berunding.

"Jika mereka datang, kita boleh berbincang. Negara ini mengamalkan demokrasi tetapi setiap pihak perlu tahu dasar, visi dan konsep PAS," katanya.

Dilaporkan Pribumi masih sudi untuk bekerjasama dengan PAS bagi membentuk pakatan pembangkang yang mantap menentang Barisan Nasional.

Tun Mahathir yang merupakan pengerusi parti itu, sebelum ini berkata, pihaknya akan bertemu dengan pimpinan PAS pada 2 Februari depan bagi membincangkan hal tersebut.

Tags / Kata Kunci: Abdul Hadi Awang , Lim Kit Siang , PAS , Pribumi , DAP

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan