Tiada Had Demi Keselamatan Penumpang Bas

Diterbitkan: Jumaat, 27 Januari 2017 10:20 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keselamatan penumpang merupakan keutamaan bagi syarikat-syarikat bas yang tidak mahu tragedi malam Krismas pada tahun lalu yang mengorbankan 14 nyawa berulang.

Kini syarikat terbabit menyahut seruan untuk memasang Alat Had Kelajuan (SLD) bagi setiap bas bagi meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan.

Alat tersebut bagi memastikan bas ekspres tidak dipandu melebihi had laju 90 kilometer sejam.

Berdasarkan perancangan, semua bas ekspres perlu dilengkapi peralatan tersebut sebelum tahun 2020 tetapi difahamkan kebanyakan kenderaan itu sudah memilikinya.

Presiden Persatuan Pengendali Bas Semenanjung Malaysia, Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, kebanyakan syarikat bas kini mengkaji semula laluan bas untuk memastikan tahap keselamatan penumpang terjamin.

Jelasnya, bas lama yang tidak memiliki SLD akan diberikan laluan yang lebih pendek atas faktor keselamatan.

"Bas yang dipasang SLD akan digunakan untuk perjalanan jarak jauh," katanya.

Selain itu, syarikat bas juga boleh memantau operasi bas dari ibu pejabat menggunakan sistem kedudukan global (GPS).

"Kita boleh mengesan kedudukan bas dan kelajuan kenderaan tersebut. Jika kelajuan tidak dipatuhi, kami akan mengetahuinya.

"Kita juga akan menghantar laporan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat apabila diminta berbuat demikian," katanya.

Mohamad Ashfar berkata, syarikat bas berusaha untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kualiti tetapi sebagai balasan, kerajaan perlu membantu mereka.

Ujarnya, kebanyakan syarikat tidak mampu menggantikan bas lama dengan tempoh singkat memandangkan kos operasi yang semakin meningkat.

Tambahnya, tambang bas juga tidak dinaikkan sejak 2009 dan berharap kerajaan boleh menyemak semula hal tersebut.

"Dengan pelaksanaan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) serta kejatuhan nilai ringgit, kos operasi syarikat bas kian meningkat.

"Kami berharap kerajaan mengkaji semula kadar tambang supaya proses menukar bas yang lebih besar, selesa dan baik dilengkapi teknologi moden dapat disegerakan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Mohamad Ashfar Ali , Bas , SLD

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan