Rakyat Malaysia Harus Bersatu - Tiong Lai

Diterbitkan: Khamis, 26 Januari 2017 7:49 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia harus bersatu padu sebagai masyarakat yang mendukung perpaduan demi membina masyarakat yang sederhana, toleransi dan berfikiran ke hadapan, menerima dan menghormati hak, kepercayaan dan tradisi antara satu sama lain, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dalam perutusan sempena Tahun Baharu Cina yang di keluarkan pada Khamis, beliau berkata kepelbagaian budaya Malaysia ialah satu daripada tonggak kekuatan negara dan oleh itu, MCA komited untuk mengekalkan keharmonian sosial.

"Ketika kita merenung ke hadapan, menguruskan kos sara hidup yang meningkat akibat cabaran ekonomi akan menjadi agenda utama pada 2017.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi tumpuan untuk membantu rakyat melalui pelbagai inisiatif seperti pembiayaan peruntukan untuk memberi bantuan kepada isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) seperti diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2017," katanya.

Selain itu, MCA sentiasa berusaha ke arah memastikan keperluan masyarakat dipenuhi meliputi menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti melalui inisiatif Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman  (TAR UC), dan memberi bantuan kewangan kepada usahawan melalui skim pinjaman Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Koperasi Jayadiri Malaysia (KOJADI), kata Liow. -

"Kami percaya sepenuhnya bahawa inisiatif ini akhirnya akan mengukuhkan negara dan ekonomi kita. Inilah sebab mengapa mengapa MCA terus bekerja keras untuk mempertingkatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

"Selain itu, memandangkan pentingnya pelaburan langsung asing kepada ekonomi, MCA gembira kerana telah memainkan peranan penting membantu membawa masuk pelaburan baharu dari China, ekonomi kedua terbesar di dunia," kata beliau.

Peluang daripada pelaburan ini pasti memberi rangsangan kepada pertumbuhan ekonomi negara dan sesungguhnya sektor pengangkutan akan mendapat manfaat daripada kepakaran China, terutama projek Landasan Kereta Api Pantai Timur, yang bakal menjadi pencetus perubahan kerana ia akan meningkatkan kesalinghubungan antara Pantai Timur dan Barat Semenanjung Malaysia, kata Liow.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata kementerian akan terus mengukuhkan industri logistik Malaysia di bawah Pelan Induk Perdagangan Logistik Negara kerana ia bakal mentransformasi Malaysia menjadi hab logistik dalam Asean.

"Inisiatif ini akan memberi manfaat besar kepada negara dan rakyat, danKerajaan BN komited untuk melihat usaha ini membuahkan hasil," kata Liow.

Beliau mengakhiri perutusan Tahun Baharu Cina dengan menggesa rakyat berdiri teguh memerangi ekstremisme dan anasir-anasir yang memecah-belahkan perpaduan rakyat.

"Marilah kita bersama-sama memenuhi peranan sebagai rakyat Malaysia yang berfikiran terbuka, mencapai persefahaman dan tidak mudah luntur semangat. 

Kepada mereka yang memandu pada cuti hujung minggu yang panjang ini, pandu cermat dan jangan lupa berhenti untuk rehat jika berasa letih di jalan raya,"kata Liow.

Gong Xi Fa Cai, semoga beroleh kesejahteraan dan semua berada dalam keadaan sihat, kata beliau. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Tiong Lai , Gong Xi Fa Cai

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan