Tangguh Tutup Pejabat Tourism Malaysia - Cuepacs

Diterbitkan: Rabu, 25 Januari 2017 4:21 PM

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

KUALA LUMPUR: "Tangguh tutup pejabat-pejabat Tourism Malaysia di semua negeri," demikian gesaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kepada Kementerian Pelancongan.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, pengurusan tertinggi Tourism Malaysia seharusnya mengambil kira kebajikan kumpulan pekerja yang terjejas sebelum membuat keputusan drastik yang berkuatkuasa serta-merta.

"Kita mahu pejabat-pejabat ini dibuka sementara sehingga ke tarikh yang difikirkan kementerian (sesuai).

"Penjawat awam yang terlibat harus dipanggil, diberi taklimat atau diberi pilihan untuk ke pejabat mana...tak bolehlah buat macam ini seolah-olah tak ada kebajikan terhadap pekerja," katanya pada sidang media di Wisma Cuepacs di sini, Rabu.

Menurut Azih, pengumuman serta-merta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menggambarkan seolah-olah keadaan terdesak.

"Apa yang terlalu terdesak ini. Saya tak nampak sektor pelancongan sangat terdesak, kena catu semua perkara.

"Dalam keadaan ekonomi macam ini kami harap kerajaan akan jadi penyelamat kepada pekerja," katanya.

Mengulas lanjut, Azih berkata, beliau difahamkan sejumlah 232 pekerja yang terlibat tidak dimaklumkan secara rasmi tentang penutupan tersebut.

Daripada jumlah tersebut, 39 daripadanya berstatus kontrak di mana mereka berisiko kehilangan pekerjaan secara serta-merta.

Bagaimanapun katanya, beberapa hari sebelum pengumuman itu, khabar angin mengenainya tersebar, disertai dengan kertas edaran tanpa tarikh bertajuk "Pemakluman Sumber Manusia - Rasionalisasi Penutupan Pejabat-Pejabat Tourism Negeri".

"Sehingga hari ini mereka (pekerja) tak pernah dipanggil dan diberi sebarang taklimat atau gambaran di mana mereka akan ditempatkan, ke mana nak pergi, bagaimana gaji mereka, nak kerja dengan siapa, pejabat mana.

"Kerajaan tak boleh ambil mudah perkara ini," katanya.

Sambil menyifatkan situasi ini sebagai 'malapetaka kecil' katanya, ia harus ditangani kerajaan secara bijaksana supaya dilihat teratur, tidak bermasalah dan tidak mendiskriminasikan sesiapa.

"Keputusan yang dibuat telah menyebabkan kami rasa terpinggir, tak tahu nak ke mana, tak ada tempat (kerja).

"Kepada kerajaan mungkin perkara ini kecil sangat tapi kepada mereka (pekerja) sangat besar," katanya.

Sehubungan itu, Azih akan mengadakan pertemuan dengan Nazri dalam masa terdekat selepas menteri berkenaan sebaik pulang dari luar negara, selain merayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meneliti perkara ini.

Pada Isnin, Nazri ketika mengumumkan penutupan kesemua 14 pejabat pelancongan itu berkata ia tidak melibatkan pemberhentian kakitangan sebaliknya mereka akan diserap ke ibu pejabat kementerian dan jabatan lain.

Katanya keputusan ini dibuat bagi mengelak pertindihan kerja dengan agensi negeri dalam mempromosi pusat pelancongan negara ini dan langkah itu dijangkat dapat menjimatkan kos sebanyak RM6 juta setahun yang boleh diguna sebagai perbelanjaan lain.


Tags / Kata Kunci: Tourism Malaysia , Cuepacs

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan